Roll On : Melawan Demam + Selsema Bila Hidup Sbg Pelajar

October 10, 2014

Assalammualaikum.

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Hah.

Aku sakit. Dari balik cuti aildiladha hari tu. Perghh gila aku rasa sebab asal balik je demam asal balik je demam. 

So mula lah pencarian macam mana nak sembuhkan diri dengan jaya nya. Oleh sebab aku kan pelajar pamasi jadi nya aku macam paham lebih la bila dah sakit tu buat macam mana. Ecey perasan kan kan kan.

Dah hidup membujang sebegini haruslah pandai menyembuhkan diri sendiri ye.

Ok. Alhamdulillah kali ni sakit tak tera mana pon. Tak demam sangat cuma selsema over lebih sikit. Ini rasanya sebab salah makan la ni. Mulalah resdung aku datang. Tambah tolak tidur dalam aircond memang seharusnya makin menjadi jadi lah. Alhamdulillah~~~

Jadi apa patut kita buat?

  1. Loratadine. My beloved. Sumpah tak tipu my beloved ok. Walaupun harga mahal giloss. RM8 satu papan bak hang! Alkisahnya, resdung anda sekalian ataupun nama glamour nya SINUSITIS adalah disebabkan oleh encik HISTAMINE. gatal mata gatai hidung sakit tekak blablabla semua sebab dia. Jadi makanlah Loratadine my beloved sbb dia ni sejenis antihistamine. Banyak ye antihistamine yg ada di pasaran dan kenapa aku punya mahal? Sbb ni tarak mengantuk jugak. Kebanyakan antihistamine, tambah yg memula dulu, yang murah sikit tu, semua kasi tidurrrr. Kalau beli utk anak-anak kecil beli lah yg mengantuk ni supaya mudah dia tidur dan bila dan tidur senang sikit badan nak tolong betulkan apa yg patut.




  2. Paracetamol. Apakah? Yg Panadol tu bahan utama dia adalah Paracetamol ni. Kerja dia turunkan suhu badan + painkiller. Sebab tu ada org kata sakit makan je Panadol mesti ok. Mana ok pon. Kau tak rasa sakit je! Itu antara bahaya nya makan Panadol. So agak-agak dekat seminggu dok kena telan Panadol tu mohon cari doktor. Tapi aku tak makan Panadol ni sebab dia mahal pastu kena makan banyak biji. Macam salah je BM aku ni tapi takpe kita teruskan ye. Aku makan Uphamol, paracetamol jugak, cuma produk syarikat Malaysia yg dijamin halal. Panadol pon halal tp selalu ubat tak payah cari JAKIM. Tak taw la kenapa Uphamol cari jugak. Sajala tu kalau sebut halal kat Malaysia ni kemaen laju pergi beli. Lagi satu sebiji Uphamol ni dah cukup terus 500mg paracetamol yg selalu kita kena telan 2 biji Panadol. Nampak tak pemalas gila kat situ. Selalu bila rasa nak demam tu aku terus telan sebijik pastu tidur. Esok nya mmg tak jadi lah demam nya.


  3. Tidur lahh. Sbg student kalau asyik kena tidur tu mmg rasa rugi sangat sangat yg amat. Kalau tak tidur boleh meronda makan tengok movie. EH. Sesetengah la. Aku tak. Ok. Daripada sakit berhari baik tidur sehari esok sihat. 
  4. Jangan tak makan terus. Mula lah nak buat manja "ai tak lalu lahh". Pirrahhhhhh. Makan jugak. Aku selalu time ni makan roti span coklat yg gardenia dgn air coklat je. Sbb pahit mulut kot jadi kot situ jela tekak aku nak. Bila sakit badan kita kena la lawan balik virus banyak penyakit tu. Pastu kau ingat dia lawan pakai apa? Keris ? Tombak ? M16 ? Kalau tak makan kita tak bagi cukup FUEL bagi badan kita lawan balik. Seeloknya makan la sup. Tapi kalau sup cafe kau lebih minyak dari kuah lebih garam dari rasa rempah. Tak payah lah. 
  5.  Ambik supplement. Ok. Dulu aku rasa aku tak mudah sakit macam ni. Pastu baru aku perasan kata dulu aku rajin makan cod liver oil tu. Yg Scott Emulsion tu. Jadinya aku pon nak try makan la konon tp tengok macam tak berbaloi mahal nya. Tambah penat kena pergi beli sbb yg menatang ni buat utk budak so kalau dose utk dewasa mmg seminggu jela tahan sebotol tu. Jadi aku nak try la Vitamin C. Ingat nak cuba Flavettes. Syarikat sama dengan Uphamol tu. Tapi farmasi aku pergi ni tak pulak jual. Jadi aku pon beli Blackmores. Sebab paling murah dan tahan dua bulan  dan kena makan sekali sebiji sehari. Kan senang di situ. Ingat patient je asyik lupa makan ubat ke.


  6. Minum air banyak-banyak. Kalau kata pahit mulut tu mak aku cakap sbb panas badan. jadi minom la air banyak-banyak. yg adik mak aku pulak kata kalau tak lalu tu buat la teh o suam yg kurang manis. 
  7. 100 plus. tak payah la. lebih gula je. better minum air kosong. murah pon murah.

Oleh sebab aku ada skuter, rajin jugak aku pergi klinik panel UKM. Free kan. pastu boleh dapat MC. Hee. 

Ini seseungguhnya cara aku utk sakit aku utk badan aku. jgn anggap universal treatment pulak. 

Assalammualaikum :D

 

 

You Might Also Like

2 comments

Blog Archive

Like us on Facebook

Contact Form

Name

Email *

Message *