Roll On : Kenapa Aku Tak Pergi Ceramah Pasal Kahwin

10/22/2014Nurul Afifah

Happy Deepavali kepada mereka-mereka yang menyambut. Habis semua radia pasang lagu hisdustan. ber koy mili gaya lah teman~Tak apa, SRK memang saya suka. 



Hm. Tetiba je nak cakap pasal tajuk hawt cenggini. Hawt kot. Tak nak kalah jemputan nya bila buat bincang pasal kahwin muda la kahwin tengah study la cintaku tertinggal kat dewan kuliah lah. Lalalalala.

Aku serius tak pernah pergi program macam ni. Pernah nak terpergi sekali tu tapi disebabkan ada aral yang melintang ter tak jadi lah. Macam kata aku ni tak ada jodoh la kot. Dengan program ni okay. Bukan jodoh hidup. 

Ada satu kot, nak lebih kurang macam sembang kahwin tapi tak ada lah fokus tang kahwin sangat. Tajuk terpaksa dipersenyapkan. Itupun aku pergi sebab jemputan dia memang aku suka. Tapi tajuk yang diberikan macam memperkecilkan kebolehan sang jemputan. gandingan pula seorang retiss. Bukan nak kata retiss tak reti bagi "talk". Tapi kalau kau dah digandingkan dengan seorang oustazd, tolonglah. Tolong. Tolong sangat-sangat.

Aku tak paham tujuan utama sekali tajuk sebegini diperbincangkan. Nak suruh kahwin cepat-cepat ke? Bagi aku, yang aku tengok yang pakat kahwin muda semua jenis boleh bawa diri hidup sara keluarga semua. Bukan main taram je "demi Allah, i nak jadikan you sebagai isteri i"

hahhhh. Jadi kalau kata kita bawa yang jenis tak jumpa mak ayah nak menangis bagi kerja stress sikit terus memacam fi'ilnya dah seharusnya nak kahwin dengan siapa? Sebab dia dah paham sangat-sangat dah kenapa kena kahwin awal. Banyak taw pergi dengar ceramah sana sini ustaz itu ini dengan isteri mereka yang gegojes belaka. cepat-cepat lah kahwinkan mereka ni yang dah paham sangat dah ni.

sayang sekali gandingan jemputan memang hebat. tajuk tak. itu lah aku rasa kesian sesangat. mereka kahwin awal memang jadi fofular sebab benda tu "rare". Kalau dulu tak "rare" di mana umur 18 tahun memang normal sangat ada anak. sebab kan "rare". dah kebanyakan ke"rare"an ini pula dikesampingkan dengan watak muslimin dan muslimat yang menjalankan ajaran nabi yang sebenarnya. nak elak zina dan nak membanyakkan umat. Jadi kebanyakan mereka bukan nak tayang pon, cumanya sebab "rare" dia terus jadi sebut-sebutan.

Pernah seorang kakak halaqah lepas maghrib surau A, jawab soalan aku. sebab aku takut hati aku ni yang digelapkan agar benci program macam ni. yela. aku lemah sangat.

"Akak, kan kata kita kena usaha cari jodoh"
"Usaha cari tu dengan betulkan diri. Jadi seorang muslimah yang baik. Allah kan dah janji lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Yes, jimat duit penyertaan. 


yang best bila yang pergi pon tak adala nak kahwin muda sangat. tapi pergi jugak nak tambah ilmu. hm. 

banyak lagi tempat boleh tambah ilmu. ilmu yang sebenarnya kita betul-betul perlukan. sebab bagi aku masa kita limited. dan memang aku sendiri lemah tang pengurusan masa. kalau betul aku kata aku ada masa pergi program yang mana input dia tak betul bermanfaat pada aku. aku dah khianat dengan diri aku sendiri.

Siapa sentap? Ok. 

Rujuk SINI dan kenalpasti diri anda tang mana yang kata kena kahwin sangat tu. kalau kata wajib pergi lah kahwen laju-laju.


 

You Might Also Like

0 comments

Seriously speaking, some comments would made my day.

Advertisement

Contact Form