Roll On : Liebster Award Untuk Semua!

September 16, 2014

 Nak post in English tapi tak bolehh. 

After seminggu demam tak demam batuk muntah-muntah menyiapkan video what so ever. Sekarang baru rasa lapang sikit. batuk makin kurang bila dok minum air habbatus sauda. tapi air ni mcm kuat panas apa tah jadi aku tak boleh minum bebanyak sebab dia buat aku sakit kepala.

ok. aku excited sebab ada kawan blogger. rasa mcm cambest gila coursemate sama-sama berblog.

dan aku di tag buat menatang Liebster Award ni. Ingatkan satu segmen tapi takda link kepada organiser. rupa-rupanya dia macam satu chain thingy yg mana kita boleh tag sesuka hati je. tapi kadang-kadang ada org tambah rules dia. kali ni Liebster Award kita punya rules adalah seperti berikut :

syaratnya:
  • Mention the person who nominated you with a link to their blog

  • Answer 11 question asked 

  • Nominate 11 other bloggers with a small following but with a lot of potential

  • Create 11 of your own question for them to answer

  • Notify your nominate

Bacaan umum pasal Liebster Award klik SINI

Sebelum kita mula jawab soalan cik Amiez, apa maksud Liebster ?

it has German origins – the word “liebster” has several definitions: dearest, sweetest, kindest, nicest, beloved, lovely, kind, pleasant, valued, cute, endearing, welcome, sweetheart and boyfriend (really?)


Rasa terharu gila sekarang ada org sudi tag :')


Sejak bila anda berblogging ? Kenapa ?

Sejak lepas SPM. Masa tu macam eksaited la tengok how blog goes around. cambest je so decide buat satu untuk diri sendiri. but to be exact tengok adik buat la. macam tak sangka benda gini semua orang boleh buat. 

State 7 things that describe yourself.

impulsize. pelupa. graphic lover but tak berapa rajin nak belajar sesungguh. used to trust everyone but now too judgemental. keep things to myself. adventurous. only goes for jogging. Fly.fm (eh ada lapan benda)

Print screen wallpaper yang korang guna sekarang then upload. tell me why u like to use the wallpaper.




malas printscreen jadi kita upload teros je laa.

sekarang guna dua wallpaper. yang peta dunia tu ada dua sebab. pertama sebab aku suka travel and teringin nak travel serata dunia. jadi seronok dapat tengok peta dunia tu. kedua sebab aku nak hafal nama negara dan tempatnya. menambahkan pengetahuan am. 

yang kedua tu sebagai daily reminder. untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin. dah masuk minggu kedua tapi macam tak berapa jadi jugak ni. :P

Apa yang korang suka makan untuk breakfast tiap - tiap hari?

kalau macam pagi-pagi tu aku suka something easy and sweet to my mouth macam cereal, roti bakar, kuih-kuih dan mesti ada air kopi atau teh. aku tak makan biskut sangat. never ever goes for roti canai atau nasi lemak.

Apa peristiwa yang korang tak boleh lupa sangat sampai ke hari ni.

Banyak. tapi aku nak try recall peristiwa yang masa tu aku kecik lagi. 5 ke 6 tahun macam tu la. aku dulu naik basikal dengan adik aku. tah macam mana aku bagi adik aku terluka kat dahi dia. berdarah darah la. aku ingat ada satu selimut kat luar rumah mak aku baru angkat tak masuk rumah lagi kot. aku lap darah adik aku guna selimut tu. merah merah habis selimut tu. luka sikit je tapi sebab berdarah meleleh aku rasa macam benda tu serius sengat. adik aku tak nangis pon!! aku takut gila aku pergi nyorok belakang rumah takut kena marah. alih-alih mak aku tak tanya apa pon.  somehow rasa terharu gila recall cerita ni. 

Apa yang korang nak buat sangat dalam masa terdekat ni.

improve iman. dapat 4 flat. BALIK RUMAH.

Andai kata andai berjumpa dengan kawan lama yang memang dah lama tak jumpa, what is the first thing you want to tell  him/her.

LAMANYA TAK JUMPAAAAAAAAAAAAAAAAA. 

Haha. i am terrible at being a friend. 

Senaraikan nama-nama orang yang anda terfikir sekarang. kenapa?   

Madihah Bt Mohamad and Addnan Bin Ramli. Rindu mak dengan walid. :'( 

What do you think about my blog?

Saya boleh nampak personaliti awak ditonjolkan dengan blog awak. kemas and teratur and senang navigate about which i like very much. penulisan awak pon seronok. cuma bila awak tulis nombor sebagai tajuk saya tak dapat detect awal-awal apa awak nak sampaikan. 


Kena tag 11 orang. Boleh tak nak tag sesuka hati secara random ? hee. Tag followers la, boleh kenal-kenal.

- Amirah Md Nor (yg tag aku. ehehehe)
- MNH


Jenuh gila scroll balik followers. ramai yang dah x active. nampak sangat aku pon tak active mana pon! lst-last aku try cari ikot bloglist segmen join baru-baru ni. sudi-sudi la jawab yeee..

anywayyyy. ini soalan kita. :D

1.1 - follower : Macam mana boleh follow blog aku ek? ingat lagi ke? blog ni rajin tukar rupa. 1.2 - bkn follower : agak blog ni layak di follow atau tak? kenapa? seyes xkan terasa!
2. Kenal diri anda dengan bagi tahu 7 FAKTA tentang diri anda.
3. Beri kan 5 perkataan yang boleh describe diri anda.
4. Sejak bila berblog dan kenapa?
5. Lima lagu yang tengah suka sekarang.
6. Tiga movie yang anda suka.
7. Peristiwa yang menggembirakan yang telah berlaku hari ni?
8. Aktif berblog atau tak? Kenapa?
9. Tiga blog yang selalu baca.
10. Apa yang cuba dicapai melalui blog korang?
11. Nak kenal tak dengan aku ? Kenapa ? (bajet hot gila)

sangat berbahagia kalau yang di tag ni sudi terima pelawaan ini dan sangat lagi berbahagia kalau korang tag aku balik ( cuma nak jawab soalan jelaaaaa)

Liebster Award ni bagi aku adalah untuk semua blogger yang suka blog. Kesukaan kepada blog tu sangat unik ok. Bagi aku kalau orang tu cakap kat aku dia ada blog, it quickly give some good vibes about that person :D




 

You Might Also Like

3 comments

  1. Dah siap... terima kasih sebab tag saya.

    http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/09/cabaran-liebster-award-bahagian-3.html

    ReplyDelete
  2. Dah siap..tq sebab tag. Anda di tag balek..... :)
    http://angguk2.blogspot.com/2014/09/liebster-awards.html

    ReplyDelete
  3. http://amieznuown.blogspot.com/2014/10/liebster-award-tagged-by-afifah-addnan.html

    maaf lambat :)

    ReplyDelete

Blog Archive

Like us on Facebook

Contact Form

Name

Email *

Message *