Roll On : A Girl With Heels.

Oct 18, 2014

this is random.

heels. hella girl~~

this is some thought funnily cross my mind after 5 pages of "essay" for Pharmaceutical Care exam yesterday.

Why a girl with heels seems more confident.

Firstly, because they are taller. Most of times, taller than everyone else. That enables her to look down on others. That empowers you. To be able to become more than everyone else in the room. A feeling of superiority. Nonetheless.

Secondly, they are stable. especially for those who wear that extremely narrow heels that i swear weren't made to be walk in too. the sense that she got this under control as SHE walk the entire city with extreme swag with it. just enough to make she know that she is have this under control.

i love heels. i do though i am not those girl who wear one. it's doesn't seems to fit a daily wear though some do wear it at all time basis. so i don't have one. i have my mom's. so at least i do have one if i were to wear one. 

oh yes. this is some thought only. don't take it seriously. 

remember them?

I'M HOME AND IT IS HOLIDAY!!!

Roll On : Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Oct 15, 2014

Assalammualaikum....

Hari dah lepas lagi satu paper. Alhamdulillah

Boleh jawab. Alhamdulillah~

Kalau ada sapa-sapa yg ada mak ayah makcik pakcik jiran belakang rumah yang makan ubat darah tinggi cakap kat diorang ubat ni memang tak boleh ikot suka hati makan tak makan. tak ada penawar untuk darah tinggi. ubat cuma boleh kawal je. jadi kalau suka-suka berenti mmg naik balik la tekanan darah anda. malah takut lagi teruk.

saja share something sbb paper hari ni adalah kardiavaskular dan terapi.

jangan anggap wa bajet.

ok.

Kawan aku tag masuk satu giveaway dan hadiah nya all the way from PARIS!

KLIK SINI dan join!

Paris adalah tempat yang cantik dan adalah antara tempat yg aku teringin betul nak pergi. Seyessssssssssssssssssssss.

Dapat souvenirs pon jadilahhh. 

Berikut adalah syarat penyertaan nya :

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!

Simple dimple jah! Doakan lah kemenangan berpihak kepada saya ye. Pastu kan dia pos dari Jerman. So dapat setem Jerman. EXCITING OKAY!

 Nak tag  

winkwink (:

 ps: muet dah naik bhai. mungkin kena tulis dlm BI balik. pfft~
 

 

Roll On : Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

Oct 13, 2014

rasa cambest pulak tersempat masok bloglist sekejap macam ni. selalu tengok org buat 12 jam la 24jam la. tapi time tengok tu memang dah terlepas.

alhamdulillah dapat merasa join.

yg best nya ada coding boleh paste je pastu lengkap satu post terus. kan ke masyuk di situ utk org pemalas macam aku.

:D

______________________________________________________________________________________


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

______________________________________________________________________________________

 empat hari lagi nak exam. ya allah permudahkanlah~
Harini dah lepas dua paper. Alhamdulillah~

Boleh jawab. Alhamdulillah~

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Benda ni buat aku rasa down gila. Utk paper first, aku ingat aku ada masa lagi setengah jam. bayangkan tiba-tiba lecturer ckp masa dah tamat dan aku ada 3 soalan lagi tak sempat jawab. aku cepat-cepat jawab apa yg sempat. menggeletar tangan bhai.

Paper ke dua. Ada kena buat graf. Aku plot tak dapat bentuk yg sepatutnya. masa tu jadi mcm conflicting betul sbb aku dah paham sangat graf-graf nya. rupa-rupanya aku messed up something. dan akhirnya soalan tu tergadai macam tu. graf tu kena buat dulu baru boleh jawab soalan-soalan kira-kira dia. lagi 3 soalan tergadai. hah.

Time ni aku jadi down sangat-sangat. Sampai dua kali kot. Aku yakin sangat boleh skor bila baca soalan-soalan dia sbb mostly mmg aku boleh jawab. Tapi kalau Allah kata dah takda rezeki aku. Apa aku nak cakap kan?

Lepas tu aku pon jadi buntu sensorang. Kenapa mcm ni sekali jadinya.
 
Aku cuba cari kot ni kifarah dosa ke apa ke. Mmg tak terkira la dosa kan. cumanya deep down aku rasa ada benda lain Allah nak tunjuk. kendian aku teringat kawan aku penah share.

Kadang-kadang hikmah yg Allah nak tunjuk bkn boleh nampak time tu jugak

Aku sedih sangat. Aku nak mengadu pon tak reti nak mengadu macam mana. Hmm. 

Lepas tu kan. Aku boleh macam mana tah terbukak satu website ni.

Etiqa buat apatah #ipromise what ever. lepas tu aku saja la tekan tengok mcm mana nak submit. senang je. 

tah kenapa kan aku nak buat taw tapi mmg tak ada terfikir langsung nak i promise apa.

bila sampai ke column nak tulis tu tiba-tiba jadi smooth je taw.


 
Rasa macam dah lama tak tulis benda yang ala-ala membantu macam ni. Ke mmg tak pernah? Eh. 

Tapi ai mmg agak rajin sikit baca-baca kat website la perkara berkaitan nak survive dgn jayanya hidup di universiti walaupun hidup sendiri pon tak berapa nak jayanya sangat la. Tetiba rasa macam why not aku cuba share. Kot-kot lebih ingat untuk amalkan pada masa hadapan. 

Hiyarghhh.


1. Bangun awal.

Benda paling taboo sekali nak suruh student adalah bangun awal. Kalau boleh bangun tu mmg bagi cukup time nak bersiap je pastu terus pergi kelas. Tapi kat UKM KL ni buat bangun lambat dgn lembap kura-kura tu mmg hancuss. Sini nak pergi kelas kena naik bas yang macam apa je jadual pergerakannya. kelas pukul lapan pon kena tercangak dalam 7 pg (buat yg rajin + nak spot tempat depan) walaupun perjalanan cuma 10 minit. 

Tapi bukan sebab nak kejar bas ni isunya. Bangun awal-awal supaya pagi tu dapat bersiap dgn tenang aman dan damai. makan la breakfast hatta biskut sekalipun. buat satu rutin pagi yg kita boleh stick. 

cth :

bangun > mandi > solat > mathurat > sarapan > baca nota kelas harini

Benda ni penting supaya satu hari tu kita rasa macam best je. tambah minum kopi pepagi tu. lagila masyukkk. Untuk bangun awal kena tidur awal la kan. Secara tak langsung kita dah jaga waktu tidur kita. Jaga tidur ni penting untuk kulit, berat badan, blablabla. tapi paling penting kita nak masa dalam kelas kita boleh fokus 100%.

cuba bangun lambat. mesti kelas pertama pon dah rasa tak sedap nak balik bilik. balik bilik bukan buat apa pon masalahnya. kadang tu tak mengantok pon. 

Lagila elok kalau bangun sebelum subuh. subuh ON TIME. pastu baca mathurat lagi. hah. mmg insyaAllah hari kita akan lebih diberkati. Amin~
2. Kurangkan tidur.

Eh. Tadi suruh tidur sekarang jangan ? Ini ikot sunnah la. Kalau boleh nak tidur petang tu kurangkan ataupun tak payah terus. Bangun pagi tu pon terus bangun tak payah nak snooze sangat alarm nya. Kita kena ajar badan kita untuk bergerak kuat dgn tidur secukupnya. jangan ajar buat kerja lebih SIKIT kena tidur. cuba kalau petang takda kelas, option pertama petang tu mesti nak tidur. cuba cari alternatif lain. kalau rasa malas nak study pon jangan tidur jugak. kalau yang tabiat cam rajin gila nak tidur tu cuba apply tips 1 dgn 2 mesti rasa macam hidup dia ada lebih banyak masa.  

Lepas tu jangan lupa mathurat taw. Agak-agak tak boleh study try baca al quran dulu. tapi niat tu kena betul la. jgn semata-mata utk mudahkan study je. Islam itu kehidupan kita, bukan satu perkara sampingan ye.


3. Suka tangguh kerja ? Ni makannya.

Bab ni mmg aku paham sangat sbb aku pon mmg suka tangguh-tangguh ni. nak tangani dgn lebih baik sila cari ebook yg berkaitan. antara tips penting korang boleh amal kan

  • buat 2 minutes rule : aku ada selit benda ni kat post dulu tp situ tulis 15 minit. asal yg aku baca mmg 2 minit je. permainan dia bila kau ada kerja tp malas sgt nak buat kan, kau ckp kat diri kau aku nak buat 2 minit je. pastu aku berenti. contoh mcm lab report. bagi lepas title dgn objective je. selalunya kan, korang mesti takkan berenti kat situ. mesti mcm, procedure salin je. buat la jugak. mesti ada lebih-lebih sikit. tapi kalau pemalas tahap super saiya tu yg stick kuat-kuat kat 2 minit tu pon tak pe. janji kita ajar diri kita untuk buat jugak. mungkin sementara nak sambung tu kita ada mcm idea ke nak tulis apa. teringat objective tu aku tak paham, boleh la cari buku dulu ke. lama-lama kasi up la masa dia, 5 minit ke 10 minit ke 15 minit.
  •  list : cuba disiplin kan diri untuk buat daily list. bila habis haritu tick yg dah habis pastu tenung lelama. mesti rasa mcm seronok sbb korang dapat accomplish beberapa perkara haritu. ni seronok ni yg akan buat kita nak capai lebih lagi esok nya.
  • sublist : kadang-kadang ada perkara dalan list tu mcm forever tak siap-siap lagi. selalunya sebab rasa malas nak buat sbb MACAM complicated. kenapa macam ? sebab benda tu selalunya nampak susah sbb kita tak huraikan lagi detail kerja dia. list dia patut ada panjang lagi. cth nak beli hadiah untuk kawan. kadang-kadang rasa mcm tension je sampai kat kedai tak taw nak buat apa terus. pastu rasa mcm takpela aku tengok dulu. buat nya yg cerewet mcm aku. mmg lama lah nak tengok dulu. so aku kena la buat sublist (1) kenalpasti jenis hadiah yg sesuai (2) kenalpasti tempat yg ada jual (3) balut hadiah
  •  colornote : ni nama satu apps aku download ke dalam phone aku. aku boleh buat list kat apps ni pastu boleh letak kat homescreen. kira macam tiap kali bukak phone boleh nampak la. so kalau bukak phone asyik nampak benda list ni mmg asyik teringat la kena buat bagi siap.
read here
4. Study early.

tlg la jgn percaya study last minute tu berjaya. tak semua boleh. sangat MINORITI ok. last minute tu dia berjaya waktu tu je tp still tak boleh lawan yg pelajar study awal pastu dapat result jauh panggang dr api. paling penting kita dapat kan semua basic awal-awal lagi. jgn time study week baru nak tanya apa eh maksud benda ni. bagi aku tak perlu mula nak hafal-hafal ni. bagi paham habis dulu. memang dlm kelas paham. tp korang still kena baca balik kemudian test balik diri betul ke aku paham. time study week tu kasi pulun la nak menghafal bagai.

5. Eat right

Sarapan tak harini? Sarapan apa? Lunch? Dinner? Antara tu? Setengah student ada yg jenis nak diet skip makan-makan. Bahaya ok. Diet pon bukan bermaksud tak makan. Tapi makan dgn cara yg betul. Makan dgn cara yg betul adalah makan pada waktunya dgn kuantiti yg sepatutnya. Antara cara mudah bg aku nak cheat diri aku supaya tak makan banyak adalah dgn ambik sayur sama kuantiti atau lebih lagi dari nasi. Aku cuba tak makan ayam sbb aku dari kecik mmg jarang makan ayam. Bila dok sini dok makan ayam je (sebab ikan lama tak sedap) mmg shocking gila sbb berat aku naik sangat-sangat walaupun kuantiti makanan aku tak berubah pon. kat rumah makan lagi banyak kot! so aku perasan sbb ayam ni banyak ayam suntik. dan aku pon mmg suka makan tang kepak which it tempat suntik hormonnya. lagi satu, bila kita makan pada waktunya kita akan kurang rasalapar pada waktu bukan utk makan. kuranglah snacking benda pelik-pelik + kuranglah kalori. yes!!

read here


Tips ni penting utk org macam aku lah. Yg jenis makan belambak dok kurus kurus jugak tu pergi main jauh-jauh. 

Sarapan sangat penting bagi aku fokus dalam kelas. Tapi tips eat right ni bagi aku lebih utk kesihatan kita secara menyeluruh. dah dok jauh dari rumah mmg tak best la nak sakit-sakit ni. Banyak benda aku baca pasal nak makan secara sihat ni tapi mungkin di lain post. mungkinlah~

6. Kawal perbelanjaan.

Tambah yg ber JPA ni. Haila. Sentiasa ingat kan diri. Sebelum beli apa-apa. Kemahuan atau kehendak?

Tu je sebenarnya. Yelah kita nak HP mahal jugak. Nak pakai itu ini. Boleh. Tapi jangan lah melampau. Sebelum buat pembelian yg besar cuba survey sehabis boleh tentang option lain yg ada. selain tu cuba jugak evaluate apa pros and cons kalau kita beli benda tu.

perbelanjaan seharian pon kena kawal jugak. tambah-tambah beli makanan. paham kan cara makcik kafe tu kira makanan supaya boleh kau cheat balik makcik kafe tu. eh aku ni.

7. Dekatkan diri dengan Allah

Tak semestinya bila dah jadi pelajar universiti baru sibuk nak dekatkan diri. tapi kat sini lah senang nak cari kumpulan halaqah ke usrah ke. cari lah yg betul-betul komited nak bantu dalam aspek dakwah. kat sini platform terbaik, bagi aku lah, utk belajar ilmu macam ni. ingat. kehidupan kita seluruhnya sebagai Islam. tapi apa yg kita Islam sangat tu? Solat 5 waktu? Puasa?

Sampai mati cuma tu ke?

Kita terlalu sempitkan Islam tu kepada diri kita sendiri saja dan cepat rasa puas hati dgn amalan kita yg ciput sangat tu. Sedangkan islam datang kepada kita pon sbb usaha sahabat nabi yg merantau satu dunia, mendedikasi kan seluruh hidup diorang, utk sampaikan dakwah islam.

Jadi macam mana kita boleh kata cukup dgn amalan fardhu je hidup kita ni? Habis tu adakah kita kena pergi Palestin berperang bersama mereka?

Mampuke?

Cari jawapan tu sementara kita kat universiti di mana peluang kita berkenalan dgn ramai org tu banyak. boleh lagi nak belajar macam-macam dari mereka. 

Tepuk dada tanya iman.


Roll On : Melawan Demam + Selsema Bila Hidup Sbg Pelajar

Oct 10, 2014

Assalammualaikum.

Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Hah.

Aku sakit. Dari balik cuti aildiladha hari tu. Perghh gila aku rasa sebab asal balik je demam asal balik je demam. 

So mula lah pencarian macam mana nak sembuhkan diri dengan jaya nya. Oleh sebab aku kan pelajar pamasi jadi nya aku macam paham lebih la bila dah sakit tu buat macam mana. Ecey perasan kan kan kan.

Dah hidup membujang sebegini haruslah pandai menyembuhkan diri sendiri ye.

Ok. Alhamdulillah kali ni sakit tak tera mana pon. Tak demam sangat cuma selsema over lebih sikit. Ini rasanya sebab salah makan la ni. Mulalah resdung aku datang. Tambah tolak tidur dalam aircond memang seharusnya makin menjadi jadi lah. Alhamdulillah~~~

Jadi apa patut kita buat?

  1. Loratadine. My beloved. Sumpah tak tipu my beloved ok. Walaupun harga mahal giloss. RM8 satu papan bak hang! Alkisahnya, resdung anda sekalian ataupun nama glamour nya SINUSITIS adalah disebabkan oleh encik HISTAMINE. gatal mata gatai hidung sakit tekak blablabla semua sebab dia. Jadi makanlah Loratadine my beloved sbb dia ni sejenis antihistamine. Banyak ye antihistamine yg ada di pasaran dan kenapa aku punya mahal? Sbb ni tarak mengantuk jugak. Kebanyakan antihistamine, tambah yg memula dulu, yang murah sikit tu, semua kasi tidurrrr. Kalau beli utk anak-anak kecil beli lah yg mengantuk ni supaya mudah dia tidur dan bila dan tidur senang sikit badan nak tolong betulkan apa yg patut.




  2. Paracetamol. Apakah? Yg Panadol tu bahan utama dia adalah Paracetamol ni. Kerja dia turunkan suhu badan + painkiller. Sebab tu ada org kata sakit makan je Panadol mesti ok. Mana ok pon. Kau tak rasa sakit je! Itu antara bahaya nya makan Panadol. So agak-agak dekat seminggu dok kena telan Panadol tu mohon cari doktor. Tapi aku tak makan Panadol ni sebab dia mahal pastu kena makan banyak biji. Macam salah je BM aku ni tapi takpe kita teruskan ye. Aku makan Uphamol, paracetamol jugak, cuma produk syarikat Malaysia yg dijamin halal. Panadol pon halal tp selalu ubat tak payah cari JAKIM. Tak taw la kenapa Uphamol cari jugak. Sajala tu kalau sebut halal kat Malaysia ni kemaen laju pergi beli. Lagi satu sebiji Uphamol ni dah cukup terus 500mg paracetamol yg selalu kita kena telan 2 biji Panadol. Nampak tak pemalas gila kat situ. Selalu bila rasa nak demam tu aku terus telan sebijik pastu tidur. Esok nya mmg tak jadi lah demam nya.


  3. Tidur lahh. Sbg student kalau asyik kena tidur tu mmg rasa rugi sangat sangat yg amat. Kalau tak tidur boleh meronda makan tengok movie. EH. Sesetengah la. Aku tak. Ok. Daripada sakit berhari baik tidur sehari esok sihat. 
  4. Jangan tak makan terus. Mula lah nak buat manja "ai tak lalu lahh". Pirrahhhhhh. Makan jugak. Aku selalu time ni makan roti span coklat yg gardenia dgn air coklat je. Sbb pahit mulut kot jadi kot situ jela tekak aku nak. Bila sakit badan kita kena la lawan balik virus banyak penyakit tu. Pastu kau ingat dia lawan pakai apa? Keris ? Tombak ? M16 ? Kalau tak makan kita tak bagi cukup FUEL bagi badan kita lawan balik. Seeloknya makan la sup. Tapi kalau sup cafe kau lebih minyak dari kuah lebih garam dari rasa rempah. Tak payah lah. 
  5.  Ambik supplement. Ok. Dulu aku rasa aku tak mudah sakit macam ni. Pastu baru aku perasan kata dulu aku rajin makan cod liver oil tu. Yg Scott Emulsion tu. Jadinya aku pon nak try makan la konon tp tengok macam tak berbaloi mahal nya. Tambah penat kena pergi beli sbb yg menatang ni buat utk budak so kalau dose utk dewasa mmg seminggu jela tahan sebotol tu. Jadi aku nak try la Vitamin C. Ingat nak cuba Flavettes. Syarikat sama dengan Uphamol tu. Tapi farmasi aku pergi ni tak pulak jual. Jadi aku pon beli Blackmores. Sebab paling murah dan tahan dua bulan  dan kena makan sekali sebiji sehari. Kan senang di situ. Ingat patient je asyik lupa makan ubat ke.


  6. Minum air banyak-banyak. Kalau kata pahit mulut tu mak aku cakap sbb panas badan. jadi minom la air banyak-banyak. yg adik mak aku pulak kata kalau tak lalu tu buat la teh o suam yg kurang manis. 
  7. 100 plus. tak payah la. lebih gula je. better minum air kosong. murah pon murah.

Oleh sebab aku ada skuter, rajin jugak aku pergi klinik panel UKM. Free kan. pastu boleh dapat MC. Hee. 

Ini seseungguhnya cara aku utk sakit aku utk badan aku. jgn anggap universal treatment pulak. 

Assalammualaikum :D