Tarbiyyah - 1

by - January 25, 2015


TARBIYYAH = PENDIDIKAN

Dalam kehidupan sehari hari kita, kita difahamkan yang syurga/neraka itu benar. Allah SWT yg Maha Kuasa. Siapa yang mahu nafikan? 

Tapi tengoklah kita bergerak sehari hari menafikan penyataan ini. Siapa yang mahu nafikan?
Aku. Aku nobody yang tak pernah didedahkan dalam memahamkan Islam. Penyatan-penyataan ini sebati dalam kehidupan kebanyakan orang yg beragama Islam tapi sejauh mana kita betul-betul meneliti kefahaman kita? 

Aku tak reti fikir jauh-jauh tentang apa itu kehidupan yang sebenarnya. Tak macam ayah aku yang menjadi sebahagian besar pengaruh dalam hidup aku bahawa kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahukan. Yang kita boleh mulakan kejayaan dengan zero. Tapi aku tak ada keyakinan sejitu itu walaupun aku percaya akan kemungkinan itu. Jadi aku buat macam selalu orang normal buat untuk berjaya. 

Aku belajar dengan sebaiknya dan sebaiknya dan sebaiknya. Aku tetapkan pelajaran aku atas subjek sains related sebab aku tahu peluang aku terbuka luas untuk pelbagai perkara sebab itu yang orang kata. Aku cuba membuka seluas peluang supaya mungkin-mungkin satu hari nanti aku akhirnya ada satu tujuan yang sebenarnya.

Dan akhirnya aku pilih farmasi. Kenapa? Sebab aku tahu yang aku nak tolong orang. Dan aku tak akan jadi doktor. Farmasi macam paling sesuai. Semuanya aku buat macam tu je dan aku sebenarnya kagum dengan orang yang betul-betul punya satu hala tuju jelas yang mahu dicapai. Tapi untuk apa walaupun aku punya satu tujuan yang jelas mahu digerakkan diri aku ini? Cuba-cuba kalau aku betul-betul mahukan farmasi. Kemudian?

Aku rasa kosong sebenarnya. Sekarang aku akan jadi ahli farmasi. Kemudian? Aku tak dapat bayangkan yang aku akan habiskan hidup aku sebagaimana orang-orang dewasa yang aku lihat sekarang. Tanpa aku sedar, jiwa aku telah "berdoa" agar aku diberikan sesuatu.

Satu nikmat yang aku tak pernah kenal yang aku bersyukur sangat telah dikurniakan. Yang mana nikmat ini terus makin membesar akan nilainya dan makin memperbaiki diri aku. Satu nikmat yang aku terlalu besar yang aku rasa terlalu kecilnya nilai aku kerana masih lagi tidak mensyukurinya. 

Tarbiyyah.

Melalui halaqah aku ditarbiyah. Murobbiyah (guru) ku seorang yang aku sangat hargai yang memahamkan hati keras ini akan kelembutan kasih sayang Allah. Betapa hebatnya nya kasih Allah memperkenankan satu doa yang aku cuma terlintas di hati. Pengaturan yang sangat hebat dan kesabaran serta kasih yang terlalu tinggi dalam mendidik aku bagi memahamkan Islam.

Akal itu sendiri mampu mendakwah diri kita. Tapi sejauh mana akal kita digerakkan ke arah itu. Atau mungkin kah kita memang tak pernah terfikir langsung akan iman kita yang makin menipis ini.

Aku sekarang adalah ini. Lepas tu apa?



*bersambung :)

You May Also Like

0 comments