BookISH : Cara Terindah Untuk Mati (1)

by - July 20, 2014

http://bukuonline2u.com/image/cache/data/PTS/Cara_Terindah_Untuk_Mati%20(Small)-500x500.jpg
http://bukuonline2u.com


I bought this book during last Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF 2014). I can't recall from which booth though. i got some discount but the actual price was RM 17. I'm never that fond of reading books actually. However i do recall that i always compete with friend on Nilam during high school (that book where you record your reading and submit to your teacher. They give prizes each week for those who read the most). So now i'm somewhat trying to become that person back. But i try to choose better books which is not really my genre. Like this fellow.

I read fictional. it is easier for me to digest as i am that person who likes to dream much. This kind of book wasn't that easy though. I easily got lost and i got that feeling that it just repeat stuff though it really wasn't. this would then causes me to read SLOWER. Still, i love this book and to make a better understanding i decided to write some as i read it. Which of course would make that finish line even SLOWER to reach. Well~

oh my. it's in BM and i'm writing in English.

oh my.

Bab Satu : Manusia , Jasad dan Roh

Manusia azalinya berasal dari Allah. Bersifat nur (cahaya), roh (hidup) dan ghaib (tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Azalinya berasal dari Allah merujuk kepada manusia sendiri yang terbahagi kepada dua bahagian; rohani (roh) dan jasmani (fubuh badan). Rohani kita dicipta dari cahaya dan roh Allah. Roh pertama sekali yang dicipta adalah roh Nabi Muhammad SAW yang dibuat daripada nur jamal (cahaya keindahan Allah). Manakali jasmani kita berasal daripada beberapa unsur seperti air dan beberapa jenis tanah dan proses penciptaan manusia selepas Nabi Adam dan Hawa adalah melalui kandungan ibu.

Kemudian perbincangan mengenai bentuk-bentuk roh. Sepertimana manusia secara fizikal nya berbeza-beza rupa, roh juga mempunyai bentuk yang berbeza. 

Surah Al Maidah, Ayat 60

Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul.

Surah Hud, Ayat 24

Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? 

Ayat pertama menjelaskan bentuk roh sebagai kera dan babi dek perangai mereka yang buruk. Manakala ayat kedua menjelaskan keadaan orang kafir yang mana roh mereka digambarkan sebagai pekak dan buta. Keadaan roh seseorang adalah berkait dengan amalan mereka. Rohani yang sakit menyebabkan seseorang itu tidak boleh melihat kebaikan dan kebesaran Allah SWT. 

Menurut imam Ghazali, akhlak yang baik menjadikan roh kita suci, indah wangi dan lembut. Akhlah berkait dengan bentuk roh kita. Sebagai contoh, individu yang sering menurut hawa nafsunya digambarkan mempunyai roh berbentuk seperti babi.

Namun perlu diingatkan bahawa asal roh itu suci kerana berasal daripada Allah SWT. Namun perubahannya berlaku apabila disatukan dengan tubuh badan dan dijadikan manusia dan apabila kita mati roh itu akan kembali dengan pelbagai rupa selari dengan perbuatan kita di dunia.


 http://pqssamttaj.files.wordpress.com/2012/07/544826_382844945101385_1352094287_n1.jpg


Roh itu mempunyai pelbagai fungsi dalam tubuh manusia dan diibaratkan seperti arus elektrik yang dibekalkan di dalam satu rumah. Tanda-tanda kehidupan dalam rumah tersebut dapat dilihat apabila peralatan eletrik seperti lampu, tv, peti ais dan sebagainya dapat berfungsi. Namun "tenaga elektrik" roh yang lemah mungkin tak mampu melaksanakan tugasannya dengan baik dan kegagalan roh dapat dilihat apabila manusia gagal membezakan hak dan batil ataupun halal dan haram.

Roh atau turut digelar jiwa mempunyai beberapa fungsi tersendiri :
  1. Mendorong akal berfikir.
  2. Merasai perasaan ketuhanan dan makhluk
  3. Pemahanan ayat Al Quran yang kukuh 
  4. Menzahirkan fitrah semulajadi manusia
Bagi memastikan roh kita dalam keadaan terbaik, kita perlu memberi makanan secukupnya kepada roh kita. Salah satunya dengan memberi cahaya Ilahiyah iaitu dengan beribadat kepada Allah SWT sama ada yang wajib ataupun sunat seperti solat, puasa, zikir, selawat, istighfar dan sebagainya. Manakala bagi mengembangkan kemampuan roh kita perlu memantapkan aspek intelektual kita dengan menuntut ilmu ketuhanan (rabbaniyah) seperti ilmu syariat, ilmu hakikat, ilmu tasawuf dan ilmu tauhid.

Tanda-tanda roh yang sakit :
  1. mudah ragu-ragu
  2. berburuk sangka
  3. lemah semangat / kurang keyakinan
  4. malas beribadah
  5. gelisah dan resah
  6. tekanan
roh yang sakit akan mudah dijangkita penyakit dengki, takbur, ujub dan seumpamanya. 

Tanda-tanda roh yang sihat :
  1. bergetar hatinya apabila disebutkan nama zat Allah
  2. iman yang meningkat dengan bacaan al quran
  3. mudah menerima dan menyampaikan kebenaran
  4. selalu beribadat
  5. sentiassa gembira
  6. tidak takut apa-apa melainkan Allah kerana merasakan diri sangat dekat dengan Allah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

i love this book. now i got better understanding on the first chapter though i think i would read it again sometime. hope i can write on the next chapter as soon as possible.

till next time~


You May Also Like

0 comments