Segmen : Nak join bloglist Misya 2015!

Nov 7, 2014



Bila dah menang dua kali ni rasa tamak la nak join lagi ni. Haha. Tapi pilih juga. Kalau banyak sangat sponsor kena follow malaih join. 

sorry ye~

______________________________________________________________________

klik sini

______________________________________________________________________

Apesal kak aimi ni comel sangat tah. haha. besaq contact lens. teringin la pakai contact lens. tapi dulu pakai jadi gatai teruk pastu tak berani. oh my. baru teringat kena buat eye check up!

p/s : Jangan lupa join

Roll On : Jimat RM73 Dengan Tempahan Teksi Secara Online!

Oct 25, 2014

entry asal cakap save RM58. jadi penerangan masih sama cuma jumlah berbeza pada poin nombor 2.
entry asal cakap tempah dgn MyTeksi, pembetulan (poin 3) dan penerangan tambahan (poin 4) adalah promosi dari EasyTaxi.

_______________________________________________________________________ 

Jadi nya minggu depan aku akan masuk UKM balik lepas cuti pertengahan semester dan sebenarnya ada beberapa perkara yang akan memerlukan aku kehulu kehilir dengan teksi. Kawan aku tetiba mesej ajak pergi low yat nak beli printer sebab my teksi bagi promosi percuma RM15 tambang teksi. Oh yeah! Alhamdulillah sebab aku pon nak pebaik printer aku jadi amatlah senang kalau berteksi ok! Doakan semuanya berjalan lancar. Printer aku ni asal rosak je memang buat aku moody yang amat.

PANDUAN LEBIH JELAS KLIK SINI
RM58? Aku seyes tak tipu! Jap lagi aku terang. Bagi yang tak tahu MyTeksi tu apa chill dulu sebab aku akan terang sikit kat bawah nanti.

Alkisahnya kawan aku cuma cakap ada promosi dan tak bagitahu butiran lanjut sebabnya satgi pakai akaun myTeksi dia lah untuk tempah teksi. aku cuma jadi pak turut je ni. jadi aku pon pergi buat survey sikit nak tengok macam mana promosi tu berjalan sebenarnya. 

Dan terjumpalah sejumlah RM58 tambang teksi free boleh korang dapatkan. Tapi ada lah terma dan syaratnya.

  1. RM15 x 3 = RM45 : Yang promosi yang ni amat istimewa kepada first time user sahaja. Tak pastilah yang dah penah guna macam mana. Untuk 3 perjalanan pertama korang, setiap perjalanan dapat percuma RM15 dan ingat setiap perjalanan ada cas ektra sebanyak RM2 (sebab korang mintak dia datang ambik korang). Yang ni tak ada time limit lah sebab peraturan dia 3 perjalanan pertama. (read more)
  2. RM 5 : Yang ni ada time limit. Tarikh tamat 31 Oktober 2014. Pergi ke wechat dan follow EasyTeksi. Msg "Hi" kat MyTeksi pastu dia akan bagi baucar RM5. (read more)
    • semalam cuma buat yang ni dan bila dapat baucar nya berjumlah RM10. tapi cuma boleh redeem kalau guna ET Pay.
  3. RM  8 : Yang ni pon ada time limit dia iaitu sehingga 4 November 2014. Rasanya ini sebab Deepavali ni. Taip "CELEBRATE" kat promo code masa nak tempah nanti akan dapat percuma RM8 ni. (read more)
  4. RM 8 : EasyTaxi bagi promosi lagi! Kali ni jumlah nya RM8 dan cuma boleh redeem sekali. Masa tulis destinasi tambah #easy8. Offer ni ada kat Samsung Galaxy Life punya apps. Aku tak boleh download apps tu jadinya untuk keselamatan korang periksa balik lah peraturan apa semua dekat apps tu. yang penting kena dapat kan kod ni je!.
    • contoh : plaza lowyat #easy8.

Pastikan korang klik dekat read more tu supaya korang lebih paham ok!  Dan lagi satu, setiap perjalanan ni akan kena ektra RM2 ok sebab teksi tu datang ambik korang. Peraturan asas, setiap teksi yang datang ambik korang, kalau korang call sekali pun, kena cas RM2. Jangan satgi cari aku pulak suruh bayar. Kopak lah den~

Bagi yang tak tahu, MyTeksi ni satu aplikasi smartphone di mana anda boleh tempah taxi secara online melaluinya. Kenalah daftar apa semua dulu pastu masa tempah tu kita akan bagitahu kita nak pergi mana. Pastu semua pemandu teksi berdaftar dengan MyTeksi sekitar kawasan korang akan dapat notifikasi yang korang nak pakai teksi ke tempat sekian sekian. Nanti pemandu mana cop korang dulu dia la yang akan datang ke tempat korang. Ambik masa sikit jadi seeloknya tempah awal-awal. Tapi kalau tempat korang jenis laju dapat teksi tak yah la sebab RM2 cas ekstra sebab korang tempah tu masih dikenakan. 

Tapi dalam kes kami ni, RM15 kot! Tak luak pon sebab nak ke lowyat paling mahal dalam RM12 sebab kan jam. Ada ektra RM1 lagi.

Eh. Korang ada baca macam mana aku dengan kawan aku berjalan merata KL seharian dengan promosi EasyTaxi? Baca sini baru korang paham masyuk nya berteksi ke hulu ke hilir bajet kaya je siap dengan teksi ekskutif lagi.

Ada pakcik teksi tu cakap, budak sorang ni dah dua tiga kali tempah. Sebabnya promosi time ni 2 HARI TU SETIAP PERJALANAN FREE RM8. Nah. Ini namanya bijak ok.

Kalau rasa ada kena berteksi tiba-tiba cuba-cubalah tengok senarai link di bawah kot-kot korang boleh berjimat. 
  1. https://www.facebook.com/MyTeksi
  2. http://grabtaxi.com/myteksi/blog/
  3. http://www.dealhero.my
  4. https://www.facebook.com/easytaximy

Oh ye. Bukan semua tempat teksi banyak daftar dgn MyTeksi atau EasyTaxi. Kalau bandar utama ada lah. Tapi bukan semua jadi kena taw tempat korang ada tak pemandu teksi yang berdaftar dengan MyTeksi atau EasyTaxi.

Lagi satu, sembang-sembangLAH dengan pakcik teksi tu. Kalau dia peramah lah. Sebab kitorang agak nya bunyi teruja sangat kot dapat baucar RM5. Hee. Yang dapat macam ni kira korang tempah je teksi pastu bayar la dengan baucar tu. Aku ada RM5 untuk MyTeksi dan RM5 lagi untuk EasyTaxi. *gelakjahat*



ALHAMDULILLAH!!!!


jangan lupa join

Roll On : Kenapa Aku Tak Pergi Ceramah Pasal Kahwin

Oct 22, 2014

Happy Deepavali kepada mereka-mereka yang menyambut. Habis semua radia pasang lagu hisdustan. ber koy mili gaya lah teman~Tak apa, SRK memang saya suka. 



Hm. Tetiba je nak cakap pasal tajuk hawt cenggini. Hawt kot. Tak nak kalah jemputan nya bila buat bincang pasal kahwin muda la kahwin tengah study la cintaku tertinggal kat dewan kuliah lah. Lalalalala.

Aku serius tak pernah pergi program macam ni. Pernah nak terpergi sekali tu tapi disebabkan ada aral yang melintang ter tak jadi lah. Macam kata aku ni tak ada jodoh la kot. Dengan program ni okay. Bukan jodoh hidup. 

Ada satu kot, nak lebih kurang macam sembang kahwin tapi tak ada lah fokus tang kahwin sangat. Tajuk terpaksa dipersenyapkan. Itupun aku pergi sebab jemputan dia memang aku suka. Tapi tajuk yang diberikan macam memperkecilkan kebolehan sang jemputan. gandingan pula seorang retiss. Bukan nak kata retiss tak reti bagi "talk". Tapi kalau kau dah digandingkan dengan seorang oustazd, tolonglah. Tolong. Tolong sangat-sangat.

Aku tak paham tujuan utama sekali tajuk sebegini diperbincangkan. Nak suruh kahwin cepat-cepat ke? Bagi aku, yang aku tengok yang pakat kahwin muda semua jenis boleh bawa diri hidup sara keluarga semua. Bukan main taram je "demi Allah, i nak jadikan you sebagai isteri i"

hahhhh. Jadi kalau kata kita bawa yang jenis tak jumpa mak ayah nak menangis bagi kerja stress sikit terus memacam fi'ilnya dah seharusnya nak kahwin dengan siapa? Sebab dia dah paham sangat-sangat dah kenapa kena kahwin awal. Banyak taw pergi dengar ceramah sana sini ustaz itu ini dengan isteri mereka yang gegojes belaka. cepat-cepat lah kahwinkan mereka ni yang dah paham sangat dah ni.

sayang sekali gandingan jemputan memang hebat. tajuk tak. itu lah aku rasa kesian sesangat. mereka kahwin awal memang jadi fofular sebab benda tu "rare". Kalau dulu tak "rare" di mana umur 18 tahun memang normal sangat ada anak. sebab kan "rare". dah kebanyakan ke"rare"an ini pula dikesampingkan dengan watak muslimin dan muslimat yang menjalankan ajaran nabi yang sebenarnya. nak elak zina dan nak membanyakkan umat. Jadi kebanyakan mereka bukan nak tayang pon, cumanya sebab "rare" dia terus jadi sebut-sebutan.

Pernah seorang kakak halaqah lepas maghrib surau A, jawab soalan aku. sebab aku takut hati aku ni yang digelapkan agar benci program macam ni. yela. aku lemah sangat.

"Akak, kan kata kita kena usaha cari jodoh"
"Usaha cari tu dengan betulkan diri. Jadi seorang muslimah yang baik. Allah kan dah janji lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Yes, jimat duit penyertaan. 


yang best bila yang pergi pon tak adala nak kahwin muda sangat. tapi pergi jugak nak tambah ilmu. hm. 

banyak lagi tempat boleh tambah ilmu. ilmu yang sebenarnya kita betul-betul perlukan. sebab bagi aku masa kita limited. dan memang aku sendiri lemah tang pengurusan masa. kalau betul aku kata aku ada masa pergi program yang mana input dia tak betul bermanfaat pada aku. aku dah khianat dengan diri aku sendiri.

Siapa sentap? Ok. 

Rujuk SINI dan kenalpasti diri anda tang mana yang kata kena kahwin sangat tu. kalau kata wajib pergi lah kahwen laju-laju.


 

Roll On : Satu Kekosongan

Oct 20, 2014

Aku bukan macam kau, mungkin kau rasa macam tu juga. tapi LIFE aku bukan macam life kebanyakan orang lain sebab aku ada tengok sikit-sikit dan aku nampak beza. tapi itu bukan benda yang teruk pon. cuma kita lain.

apa itu kekosongan. 

"total absence of something" atau "there is no such existance at all"

hm, dan kalau kita nak isi sesuatu kekosongan. bagaimana? kalau ruang lingkupnya pon kita tak paham. ye. ruang lingkup hati kau.



hati mana? jiwa mana?

tapi suka-suka kita katakan kekosongan datang dari situ walaupun ruang lingkupnya kau tak paham.

dah tu bagaimana kosong? 

letak tangan pada dada pejam mata pikir dalam.

apa tujuan hidup kita?

kalau aku tengok cerita mat saleh wahh bangganya hidup mencapai karier yang hebat. tapi kemudian dia tua dah rasa bahagia hidup nyaman di desa. lepas tu aku fikir. adakah karier hebat itu semacam permainan?

iye lah. kau usaha siang malam. kau "have fun" hujung minggu. kau kau kau

eh "kau"? kata mat saleh, mana kan paham melayu ni? 

apa kau rasa bukan kau kah? ok tak apa. pergi klik pangkah. ini kalilah pangkah tak setuju maksudnya. yay!

ok.kau simpan pengalaman lepas tu kau rasa seronok dapat rasa "hei, aku dah buat tu"

tapi kemudian untuk apa? sedangkan mengingati perkara itu pon macam mimpi-mimpi bukan? haha. lucu kan kita. ok lah ada gambar kenangan. tapi come on, gambar is one piece of paper.

kau buat bulatan gembira. wau. alhamdulillah.

"mari mari adik adik, kita kumpul ramai ramai. kita ingat Allah hari ini ye? sebab rasa susah hati sangat. exam, family, kawan-kawan, ahh. takpa kita sembang kebesaran Allah sini. kita tambahkan amal baca tafsir al quran."

rasa tenang kan? APA KAU INGAT ALLAH FUNGSINYA BAGI KETENANGAN PADA KAU?


sebab esok KITA kejar dunia balik. ye aku menghentam keyboard. *keyboard warrior"

apa tu?????????

apa kita buat ni? hoi kau sedang lena dalam kesedaran kepada dunia. 

kita buta pekak telinga sebab kau cakap aku tak sedia?

dan bila kata yang kau sedia tu? bila? bila kau rasa kau cukup cukup baik? wah. cukup baik tinggi mana?

ye aku cakap pasal amar makruf nahi mungkar. 

aku tak suruh pergi perang sebab mungkin saja kau cuma jadi beban lebih.

aku mintak kita sedar balik dari lena.
 
letak tangan pada dada pejam mata pikir dalam.

bangun balik pergi cari mana Rasulullah dalam diri kau? mana Allah dalam hidup kau?

jangan risau. aku pon tak nampak jugak. mungkin salah kah aku cuba mengajak kan? sebab aku belum cukup baik. 

 
 

Roll On : Attention to Exco Multimedia ! (UKM KL)

Oct 19, 2014

i love designing and stuff but i don't really have that creative of a mind but still i could give a say on touch up thingy.

but if you love much on something, nothing should stop you right? so i got myself cracked After Effect and Photoshop software.

ask me if you want it!

anyway. since i have these but ain't a good designer i'm starting by using free templates which kind of took me forever to find! especially the After Effect one's since i'm using a CS4 version due to my laptop being a 32bit OS.

funny story. on the day we buy the laptop, i emphasize to my dad that i wouldn't be needing the 64 bit OS one's since it would just be wasting my money as the workers there told me it is something important if you're an engineering student. being a total noob i was like, "i'm going to study on drugs. ain't no very the fancy laptop would be needed there!"

quite regretting it now~ a little-lah

ok. the purpose of this post is that we do lots of programmes here in UKM KL and sadly we don't have much peoples talented enough to accomodate all these program thus giving a da-bomb kind of poster. Exco Multimedia is the one who is responsible. it is such a saddening news as these program were so cool but we couldn't reflect much by the patch-up poster.

so i thought we should light up these gloom as we do able to do striking poster without much work or talent!

just a bit of hardwork and asking around "does this look good?"

FIRSTLY, lemme show you the posters i have done which is using the FREE TEMPLATES.



I don't do many since i don't dig in to become Exco Multimedia each time. As you see, i simply change the words and adjust here and there, change the background as needed and VOILA!

for those beginners out there, you'll be amaze how simple actually to design a poster when you study how the pro's do it. it also help as you go around the software thus making you more comfortable on using the software.

there is quite a lot of template i have download as my collection. for UKM KL Exco Multimedia you can find me to get these templates. i would be delighted to help make UKM KL programs seems cooler.

the video during this 2014/2015 Majlis Ikrar the other day, we were using the After Effect template also. it was so easyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.

much of my poster template i got it from here 

these peoples are just awesome for giving such a well made templates for free.

i couldn't upload the video though. but you could check up this, this and this

yes. i have these. just ask if you need it.

 
 


 
 

Roll On : A Girl With Heels.

Oct 18, 2014

this is random.

heels. hella girl~~

this is some thought funnily cross my mind after 5 pages of "essay" for Pharmaceutical Care exam yesterday.

Why a girl with heels seems more confident.

Firstly, because they are taller. Most of times, taller than everyone else. That enables her to look down on others. That empowers you. To be able to become more than everyone else in the room. A feeling of superiority. Nonetheless.

Secondly, they are stable. especially for those who wear that extremely narrow heels that i swear weren't made to be walk in too. the sense that she got this under control as SHE walk the entire city with extreme swag with it. just enough to make she know that she is have this under control.

i love heels. i do though i am not those girl who wear one. it's doesn't seems to fit a daily wear though some do wear it at all time basis. so i don't have one. i have my mom's. so at least i do have one if i were to wear one. 

oh yes. this is some thought only. don't take it seriously. 

remember them?

I'M HOME AND IT IS HOLIDAY!!!