Roll On : Kembara Syifaa' 2.0

1/06/2015Nurul Afifah


First time dengar pasal Kembara Syifa' (KS) adalah dari akak senior aku yg sangat brsungguh sungguh berbakti dalam program ni. Kembara Syifaa' ni satu program kemasyarakatan yang menumpukan tentang kesihatan am. Uniknya, tenaga kerja program ini didatangkan dan dilatih khas oleh Neo Synergi Training Centre (NSTC). Kenapa unik? Sbb diorang ni semua mahasiswa dari universiti SERATA Malaysia dan kos berkaitan KESIHATAN seperti perubatan, farmasi dan sains kesihatan. Mereka ni semua pon memang bekerja secara sukarela. Jadinya memang perkhidmatan yang mereka berikatan datang ikhlas dari hati. Oh ye, ada doktor bertauliah sekali dengan diorang jadi jangan risaulah memang diorang ni dipantau jugakk.



http://www.neosynergytc.org/


Satu benda yang sangat menarik perhatian aku kan, diorang banyak diterapkan unsur-unsur islamik. Kalau tengok semua geng tudung labuh dan selalu pegang quran di tangan. Pernah sekali dapat peluang salah satu program anjuran NSTC ni. Bukan join secara langsung pon, cuma tolong akak ni yang tak cukup pekerja masa dia buka gerai kat program ni. Oh nama program nya Kem Remaja Sinergi (KRS). Program ni pon bagus sangat-sangat. Sesuai utk budak sekolah menengah. 

Oh ye, waktu kat KRS ni tiba-tiba datang seorang akak ni cakap "jangan lupa lengkapkan muthabaah ye". Muthabaah ni senarai ibadah-ibadah yang kita macam listkan lah pastu kita target la nak buat berapa banyak seminggu. Contohnya, minggu ni nak habiskan 2 juzuk al quran + solat dhuha 5 kali. Bayangkan sesibuk sukarelawan NSTC ni memastikan kelancaran program mereka sendiri kena lengkapkan muthabaah mereka. Tak pasti list lengkap tapi rasanya kena habis juga 1 juzuk al quran. Nampaknya bagaimana terjaganya mereka. Kenapa terjaga? Sebab amal ibadah kan boleh bantu cegah buat dosa!


Kembali kepada KS. Kalau ikotkan universiti sendiri pon ada je buat program macam ni tapi yang uniknya KS ni selain dari semangat kesukarelawanan diorang ni adalah pengisian program yang sangat menarik. Ada aktiviti berkhatan lagi! Yang akan datang ni siap buat sembelih lembu + rewang. Mereka memang sungguh-sungguh "all out!". Mereka siap jalankan program preKS yg mana mereka akan buat usaha sama dengan pihak tertentu bagi mempromosikan lagi program KS ni. Mereka buat bukan semata-mata bagi lepas KS kali tu je, tapi mereka fikir terus macam mana nak promosi dan promosikan lagi supaya jadi lebih dikenali. Mudah untuk promosi KS akan datang dan mudah juga untuk dapatkan dana. Dengar kata KS ini juga sebagai satu medan latihan bagi sukarelawan ni sebab nanti diorang rancang nak buat hospital bercirikan islamik mereka sendiri.

http://kembarasyifa.blogspot.com/


I salute them very much. KS akan datang adalah pada bulan 5 ni dan mereka telah mula bergerak sejak awal bulan 12 tahun lepas rasanya. Kenapa aku tahu? Sebab aku join lee. Alhamdulillah join. Banyak yang aku belajar dari diorang. Tambah-tambah keikhlasan diorang buat aku rasa lebih bersemangat lagi.

InsyaAllah kalau korang nak buat sumbangan sangatlah digalakkan. Tak pun doakan kelancaran program kami dan kelangsungan KS sendiri.

Lillahi!



 

You Might Also Like

0 comments

Advertisement

Contact Form