Roll on : Jiwa kosong

May 07, 2012

Assalammualaikum,





Jadi, emmm. Apa tujuan anda hari ni? Apa yg anda nak capai sebelum tiba penghujung hari ini. Apa yg anda capai semalam. Simple question right? We always hear this kind of question. But do we ever try to think deeply and answer it?

Dah fikir? Apa jawapan nya? Sambil jawapan tu bermain di fikiran anda, jawab soalan kedua ni. Adakah itu keperluan duniawi?




Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya: 

"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."



Kita semua selalu mementingkan dunia walaupun kita sedar yang paling penting adalah, mesti semua org teka ayat lepas ni AKHIRAT. Semua org tahu yg akhirat tu lagi penting dari dunia, tp, siapa yg pernah fikir secara mendalam akan pentingnya akhirat tu?

Aku ingin tekankan di sini, usaha-usaha kita dalam mencapai redha Allah swt. Apa amalan kita hari ni dan hari-hari sebelumnya. Andai kata ajal datang memanggil. cukupkah bekalan kita. Sekali lagi, aku pasti, ayat ni dah biasa sangat anda dengar. kan?

Sebenarnya, jiwa kita kosong. Sangat kosong. Hari-hari kita tak ada makna. Kita cuma mengulangi rutin harian yg sama,bangun pagi, solat, kerja/study, balik. Solat 5 waktu tak tinggal. Selalu mengaji. Itu sahaja. Kita mempelbagai aktiviti untuk kita bersantai (pada waktu lapang) dengan berkelah, tengok wayang dan banyak lagi. Tapi amalan ibadat kita tetap yg sama tu je. Sehingga kan ia turut menjadi rutin. Cuma rutin!

Cukup ke amalan itu je sebagai bekal. Sedangkan Rasulullah yg maksum selalu qiamullail. Macam-macam ibadat baginda buat. Yang wajib tak pernah ditinggalkan. Yang sunat tak terkira oleh kita. Kita pula cuma buat perkara yang sama ini, cuma yg wajib sahaja, setiap hari, sehingga ia menjadi satu rutin lalu terus langsung sikitpon tak meninggalkan kesan di hati kita. Cuma rutin!




Sebabnya? Kerana kita tidak berilmu atau kita berilmu tapi tak beramal. Dunia berjaya butakan kita. Kita muslim tapi ilmu kita tentang agama Islam itu sangat sikit. Apa itu Baitulmal? Macam Nabi Isa a.s. boleh jadi Jesus? Siapa ilmuwan Islam? Apa itu takwa? Tahu jawapan ni semua? Kalau ya alhamdulillah, moga iman anda bertambah, jika tak, takutla, jiwa kita kosong.

Alasan kita senang, aku tak terlibat hingga pentingnya kau tahu semua ni. Iman tu dalam hati tak boleh diukur dgn ilmu yg banyak. Tapi siapa yang akan nafikan sesungguhnya. Tak kenal maka tak cinta? Dalam Islm sendiri tekankan untuk kita menuntut ilmu. Penting sangat untuk kita belajar ilmu duniawi dan ukhrawi. Seimbang.

Allah berikan kita akal untuk kita fikirkan sendiri dan menghayati akan apa itu Esa nya Allah swt. Berkuasanya Dia itu. Kita diberi akal supaya kita temui sendiri dan bukan semata mengikut je apa orang cakap.


Kita selalu berusaha mencari perkara-perkara yang berkaitan dengan dunia. Pujian dari majikan. Wang yang banyak. Result yg bagus. Tapi kita lu[a yg semua tu tak ada maknanya bagi Allah swt. Kita sibuk sangat dengan semua tu hingga lupakan akhirat. Tapi kita semua dah belajar, kat syurga nanti semua yg kita nak terus dapat!




Hentikan alasan aku tak dapat hidayah lagi. Hidayah ni ada sejak dulu lagi. Macam main aci nyorok. Kalau kita tak usaha cari mcm mana kita nak jumpa. Tak kan orang yg menyorok tu nak dedahkan tempat sembunyi dia kalau kita malas nak cari? Dengan ilmu dan doa kita akan jumpa hidayah tu. Insyaalah.




Sekian. sekiranya ada yang terasa atau terkurang terlebih atau apa-apa. Minta supaya tegurla aku. Kita sama-sama kongsi ilmu. :)







You Might Also Like

7 comments

  1. Ada tersilap eja perkataan lupa dibahagian - "Tapi kita lu[a yg semua tu tak ada maknanya bagi Allah swt."

    ReplyDelete
  2. thanks awak sharing. kita saling mengingati satu sama lain.

    ReplyDelete
  3. setuju2...tp sememangnya susah untuk betul2 beribadat sbb rata2 semuanya telah menjadi rutin...kebanyakan orang hanya beribadat sebagai rutin...artikel yang bagus sebab mesti ramai yang belum sedar...ada yang sedar tapi tidak tahu bagaimana hendak berubah...

    ReplyDelete
  4. satu video yng mungkin dh prnah tngok tp seronok utk dikongsi, 'Aku Seorang Robot'
    [http://www.youtube.com/watch?v=a7_m8-INLk0]

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah... perkongsian yang baik dik... -kak khalilah-

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..perkongsian yang baik dan menarik... :) sejuk hati...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... perkongsian yang mendamaikan jiwa... :)

    ReplyDelete

Blog Archive

Like us on Facebook

Contact Form

Name

Email *

Message *