Roll On : Jual Beli dgn Allah.

by - November 24, 2014



Hari ini kita bangun dari lena yg mungkin tidak cukup sebab mengejar ulang kaji malam tadi.

Hari ini kita ada lecture dari pagi sehingga ke petang dengan masa lapang utk makan dan solat sahaja.

Ah. Balik nanti mungkin saja kita terlalu penat utk belajar dek tidak cukup tidur dan kepenatan seharian di kelas dan di makmal. 

TAPI. Kita masih luangkan masa utk belajar juga. Alhamdulillah. Mungkin kita tidur awal sedikit bagi mudah bangun awal esoknya kalau-kalau mampu belajar dgn lebih berkualiti kerana sudah cukup rehat. InsyaALLAH. 

Em. Aatupun, mungkin lagi air kopi itu dibancuh kerana mahu kekal cergas. 

Astaghfirullah hal azim. Malam ini ada meeting persatuan yg kita terlupa kan. Ayuh ayuh solat isyak dahulu kemudian ke meeting. Ahh, akan terlewat sikit ini tapi tak mengapa sebab semua org pon akan datang lewat juga.

Sudah menginjak pukul 11 malam. Pulang ke bilik buka Facebook sebentar bagi melihat apa-apa isu terbaru atau pengumuman penting. 


Like !


Oh dah pukul 12 malam. Dicari nya al-quran, surah al mulk. Alhamdulillah alhamdulillah. Dan lalu dia dibuai mimpi. Esok mungkin akan bangun awal utk ulang kaji. 

__________________________________________________________________________

Ini life aku dan kebanyakan student lain. Dan sesungguhnya aku rasa kosong sangat-sangat. Aku buntu. Allah takkan cipta aku semata-mata utk ini. Lalu aku cuba-cuba amalkan ibadah-ibadah sunat lain yg mudah utk aku amalkan. Mungkin sebab tak banyak amalan jadinya aku pon rasa kosong. Aku tak tahu pon mana aku nak buat aku just hentam je mana aku terlintas nak buat. Tapi aku tak istiqamah andai kata dalam amalan sunat. Dan kejap aku buat kejap tak buat.

Kosong-kosong-kosong. 

Namun perkara paling mudah sekali yg patut ada dalam diri kita adalah menepati janji. Yang mana Allah dah ulang kali kata yg tak tepati janji itu munafik. Tapi ke meeting tak pernah on time. Benda ini mmg kecil tapi sesungguhnya adakah kita pilih utk masuk Islam pada perkara sekian sekian dan tidak utk sekian sekian. Kita hidup utk manusia atau utk Allah? 

Islam kah kehidupan sebegini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar" (9:111)

Aku tahu orang yg beriman itu masuk syurga. Tapi aku juga tahu semata-mata "keep to yourself" bukan cara hidup Islam yg sebenarnya. Namun sesungguhnya aku tak mampu ikot perang mempertahankan saudara-saudara ku di Palestin, Syria, Yaman, Rohingya dan sebagainya. Lalu apa patut aku buat ? Berdiam sahaja? Adakah tiada apa aku dapat "jualkan" utk membeli syurga Allah itu?

Itu persoalan yg kita patut tanya dari hari ke hari. Dan usahakan utk mencari dan mencari. Apa wasilah yg kita boleh gunakan utk membantu Islam. 

"Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (2:86)

Berapa peratus keyakinan kita bahawa ayat ini bukan dituju utk kita? Mungkin kita tidak meninggalakan perintah-peintah Allah yg wajib (solat,puasa, etc) tapi sungguh ke ibadah wajib tu saja yg akan jadi aset kita ke syurga? 

Sungguh aku malu utk berjumpa dgn Allah kalau hidupku semata utk ku. Entah-entah Allah pon tak nak berjumpa dgn aku yg terlalu tidak bersyukur dgn nikmat Nya yg maha hebat tapi tak mahu berbuat utk agama Nya.

Susah kan rasanya mahu mengcengkam garapan idea ini. 

Tapi kita boleh je fikirkan 1001 satu cara utk ulang kaji pelajaran. 
-Minum kopi utk stay up.
-Bangun awal utk badan segar bg study yg mantap.
-Study group

Kemudian memang wajib saja kita ONLINE  utk mengetahui isu-isu semasa. Mahu terus cakna kelas ada atau tak ? Esok ada apa-apa event penting? Berfacebook mencari-cari. Kita fix kan setiap hari ada waktu utk kita luangkan di sini. Tapi mana waktu kita sediakan utk muhasabah diri kita?

Adakah semata-mata Like status-status "islamik" itu dah cukup?
 

Mana aku mahu mulakan? 
Aku nobody !
Ah susah ! Tak akan ada perubahan pon kalau aku cuba macam ni.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (29:2)

__________________________________________________________________________


Bangunlah si gergasi. Kau kuat yg amat dicipta sempurna oleh Allah swt. Dan sayangnya kau cuma tidur yg tak berkesudahan. Bangunlah bangunlah. Bangunlah gergasi yg sedang tidur.

Langkah pertama > klik SINI

*saya tak dapat apa-apa keuntungan pon. memang nak share benda yg amat baik ini.

You May Also Like

1 comments