Roll On : Kenapa NIAT ?

by - October 16, 2014

Kalau belajar hukum-hukum apa semua kan kan, banyak suruh kita niat dulu. Niat je nak buat Lillahitaa'la. Simple dimple je benda ni tapi banyak yang letakkan sebagai rukun yang mana kalau tak buat tak sah ibadah tu.

ie : rukun solat, rukun puasa, rukun tetangga. #eh

ok. benda sangat simple. kan. 

aku baru perasan beberapa KECANTIKAN dan KESEMPURNAAN islam tu dengan letakkan niat tu satu perkara utama. 

and i fell in love in Islam over and over again. 

baca sini

First sekali, bila aku baca tentang penerangan incik Hamka yang bawak kereta mayat tu bila dipersoalkan tentang penggunaan perkataan SEMBAHYANG tu boleh ke tak.

Baca perbincangan penuh di SINI

Nampak tak KECANTIKAN dan KESEMPURNAAN islam? Banyak isu macam ni wujud. Manusia bajet macam dah tahu sangat bila belajar banyak benda pastu sibuk nak tayang pandai tapi sebenarnya belum belajar sampai habis. Dalam Rakaizud Dakwah ada mention, tak bagi riak sesuka hati. Biar orang pandang kita paling bodoh pon. Allah dah FIGHT BACK dah awal-awal sebelum mereka-mereka ni tayang kepandaian mereka. Allah tengok niat kita.

Niat kita tu selalu kan penentu keikhlasan kita. Tak ada sapa boleh tentukan kita ikhlas atau tak melainkan Allah sahaja. 

"Ikhlas tu macam semut hitam, atas batu hitam pada waktu tengah malam" -sapa tah cakap.

Secondly bila kita review NIAT. selalu orang cakap. perbaharui niat. bila aku perasan yang point pertama di atas ni kalau kata tak nampak lah kan, aku teringat bila orang pesan perbaharui niat. Hmm. Niat sangat cantik bila kita nak perbaharui tu kita akan pikir, sebagai contoh,

SITUASI SATU
"aku study sebab Allah"
"jadi Ya Allah , aku mohon ya allah kurniakan aku 4 flat"
"Tapi tu dunia, Allah tak pandang 4 flat, Allah pandang ibadah"
"Emm, Allah dah pilih farmasi utk Aku, ini amanah, jadi aku kena usaha sebaik mungkin melaksanakan amanah ni sebaik mungkin"

KESINAMBUNGAN SITUASI SATU
"kejap lagi lah solat, nak habiskan tajuk ni dulu"

KESINAMBUNGAN KESINAMBUNGAN SITUASI SATU
"emm, rasa tak masuk langsung study ni, jomla baca Al quran kejap"

NAMPAK TAK? 

Membetulkan niat tu tak semudah mengatakan satu skrip dan anggap ok ini lah niat aku. Tapi dia meliputi segenap kehidupan kita.  Dan satu-satu niat pusing kat mana pon akhir sekali untuk cari keredhaan Allah je. Sebenarnya dengan pemahaman apa niat yang sebenarnya dah cukup buat kita reflek diri kita

Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)


cakap study kerana Allah tapi ponteng kelas sbb bangun lambat sbb semalam stay up buat kerja untuk program kolej sebab itu amanah orang. #EH

THIRDLY, aku dah lupa lah point dia apa. ke memang aku plan nak tulis dua je? aku kena catat lah bila dapat idea nak update apa.

em. tapi niat tak menghalalkan cara. kalau ada benda tak paham tanya jugak pada yang tahu. dan tanya pada banyak orang. cari orang yang kau boleh tsiqah.
 
AL-IMAM ASY-SYAHID BERKATA:
“YANG SAYA MAKSUDKAN DENGAN THIQAH IALAH IALAH KEYAKINAN SEORANG JUNDI (PENDAKWAH) TERHADAP QIADAH (PEMIMPIN) PADA KEMAMPUAN DAN KEIKHLASANNYA, DENGAN KEYAKINAN YANG MENDALAM SEHINGGA AKAN MELAHIRKAN PERASAAN KASIH, PENGHARGAAN, PENGHORMATAN DAN KETAATAN.
- sumber : http://dakwah.info/fikrah-dakwah/rukun-ke-10-tsiqah/

You May Also Like

1 comments

  1. Niat. Susah nak tetapkan niat. Byk sgt godaan syaitan. Kkdng kita sndiri pun tak perasan :(

    ReplyDelete