today is harini which mean before tomorrow equal to after yesterday..kapel halal atau haram?

by - April 26, 2011



Asslammualaikum..!

hari ni..setelah mengumpulkan semangat tekad dan internet...aku berjaya hadapi segalanya and apa yg aku risaukan xjadi pon...aku taw korang xpaham..aku pon malu nak terang...


baru2 ni..setelah baca novel Denyut Kasih Medik aku dpt hidayah utk clash dgn pakwe aku..dye pon paham reason aku...dye pon jadi mcm aku..dye kata lepas dye dah ada hidup yg stabil..dye nak pinang aku then kawen terus...


ok fine..gelak la korang...





Rasulullah adalah lelaki yg paling romantik...xcaya baca buku sirah.!  nanti aku igt nak buat page boh sirah nabi la..ok x? Baginda jaga hubungan and batas pergaulan baginda dgn org lain..taw x masa Rasulullah nak kahwin dgn Saidatina Khadijah..mereka xpenah ckp direct ataupon utus surat pon...semua urusan antara deme mesti ada pihak ketiga,,,

how awesome is dat? kita? aku termalu sendiri..korang taw x malu tu separuh daripada iman?

kalau korang baca novel tu baru korang betul2 paham..baca sirah nabi semua..kalau yg dah baca tu aku bet dah rasa sayu mengingatkan betapa hebat nya Rasulullah tu..dan ape je kita ni..




COUPLE HALAL.!



kawan aku sorang ni kata..ada couple yg halal...aku pon rasa mcm teruja..sbb selama ni kita dgar part yg kapel tu haram je..halal korang penah dgar lagi...jadi aku pon buat research...actually...dan akhirnya aku menjumpai pulak lagi satu istilah..iaitu 'nikah khitbah'..


“Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.”



4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.”




so..dipendekkan cerita..nikah khitbah kat malaysia ni adalah bertunang...tp syg ada ramai sgt org dah salah guna status tunang tu...diorang mula buat mcm2 yg xboleh mengikut syarak like x tutup aurat..berpegangan tgn (yg len tu taw-taw la..segan aku nak ckp)..sepatutnya mereka yg tunang dah tu patut ada kesedaran yg sebenarnya mereka telah ada komitmen..itu la tujuan nikah khitbah ni..supaya semua org dan diri kita pon taw...kita bakal jd milik org..start from dat second..kita kena belajar jd suami/isteri yg baik..belajar batas-batas pergaulan semua...sediakan yg terbaik utk pasangan kita..




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wanita dinikahi kerana empat perkara: hartanya, kedudukannya atau keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung”.




ini hadis yg paling baik tentang cara nak pilih pasangan hidup..pilih la kerana agama...kalau ikhlas pilih kerana agama..insyallah yg lain tu..harta..keturunan n paras rupa..akan dtg sekali..FULL PACKAGE.!

cinta yg halal tu cinta untuk Allah dan Rasulnya..ibu dan bapa mu..keluarga dan negara..




FITNAH

cuba lihat perempuan/lelaki yg terkinja sana sini..hang out dgn bkn muhrim..have fun lepak semua....korang maybe fikir ini xpe..bkn couple pon...kami just lepak je...bkn x boleh..tp bersederhana lah..
rasa-rasa korang..lelaki/perempuan yg baik iman dan peribadi nak pilih ke org yg macam tu? yg jenis hang out kat pavi gelak dekah2 tu?






ONLINE COUPLE


timbul pula isu yg couple on9..jenis xpenah jumpa..just by phone and by social network..ada ustazah ckp halal...ini aku xtaw nak kupas mcm mna..tp ikot Rasulullah...selalu ada pihak ketiga dlm perhubungan Rasulullah dgn wanita bkn muhrim....dlm Denyut Kasih Medik..nak email pon dye akan email sekali kat org ketiga...so? 

aku pilih utk elak terus..elakkan fitnah..


Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar : Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.“Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani) . Syaitan akan menghembus perasa an berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?



ADAB PERGAULAN DLM ISLAM 

1-tundukkanlah pandanganmu wahai sahabatku

peringatan KHAS dari Maha Pencipta kepada kaum Adam dalam surah aN-Nuur,

"katakanlah kepada lelaki yang beriman,hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara    kemaluannya (kehormatan) mereka...maka yang demikian itu lebih suci bagi mereka...."
(Surah aN-Nuur:30)

dan dalam peringatan seterusnya,KHAS buat kaum Hawa,Dia turut berpesan kepada kita,

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..."
(Surah aN-Nuur:31)

maka,untuk menjadikan CINTA itu halal,jagalah pandanganmu wahai sahabatku....

2-tutuplah auratmu wahai sahabatku

ALLAH berfirman dalam ayat yang sama di atas,

"....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan...."
(Surah aN-Nuur:31)

hal ini bukan tertakluk pada kaum Hawa sahaja,namun kaum Adam tidak terlepas daripada perintah ini...ingatlah,auratmu itu adalah harta yang tidak ternilai di sisi ALLAH....jika tidak,mana mungkin ALLAH akan menurunkan sebuah surah KHUSUS untuk menceritakan hal berkaitan aurat dalam aL-Quran....

3-adanya pembatas antara Adam dan Hawa wahai sahabatku

kita saling memerlukan,dan kita mesti sedar yang kita tidak boleh hidup berkeseorangan.... ALLAH
menetapkan dalam aL-Quran,

"....dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir...."
(Surah aL-Ahzaab:53)

namun,perlu ingat perbatasan ini bukanlah alasan yang mengHARAMkan si Adam bertemu dengan Hawa tanpa syarat....kerana Islam itu cukup mudah buat pengikutnya,ada keringanan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang ulama dalam hal-hal tertentu seperti belajar,beurus niaga dan sebagainya.....

bercinta sebelum nikah boleh,tetapi jagalah PERBATASAN nya.....

4-Adam dan Hawa itu tidaklah duduk berdua-duaan wahai sahabatku

dalam sebuah hadith tercatat akan hal ini,

"dari Ibnu Abbas RA berkata:saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:janganlah seorang lelaki itu berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali dengan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

dan lagi,

"dari Jabir bin Samurah berkata:Rasulullah SAW bersabda:janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita kerana syaitan akan menjadi ketiganya"
(Riwayat Ahmad dan Tarmidzi)

beratkah??
cuma sekadar bertanya,adakah dengan ber"dating" itu baru dinamakan CINTA??
jika tidak ber"dating",maka tak dinamakan CINTA kah??

kerana konsep CINTA mesti DATING,maka kita akan merasa berat bila mendengar ucapan Rasulullah SAW ini.....

5-untuk kaum Hawa,janganlah kalian melunakkan suara kalian tika berbicara dengan kami

bukan apa,kerana suara mu itu umpama panah berbisa buat kaum Adam....gunakanlah ia untuk mereka yang halal bagi kalian....kerana itu ALLAH berfirman lagi,

"....janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(Surah aL-Ahzaab:32)

untuk apa merengek dan bermanja dengan mereka yang tidak sah buat kalian??
untuk tujuan apa dan jika tidak merengekdan bermanja,tidak berCINTAkah namanya??

etikanya,berkata Imam Ibnu Kathsir dalam Tafsir Ibnu Kathsir,

"ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada isteri-isteri Rasulullah dan wanita-wanita mukminah sekalian,iaitu hendaklah kalau dia hendak berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu,dengan pengertiannya janganlah seseorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya"
(Tafisr Ibnu Kathsir:3/350)

6-usah menyentuh si dia wahai sahabatku

jika kalian betul sayang kepadanya,usahlah heret si dia ke neraka sekali dengan kalian.....jika kalian sanggup mengatakan akan ku renangi lautan api sekalipun,buktikan dengan tidak membiarkan si dia turut berenang dalam lautan api neraka bersama-sama dengan kalian jika benar kalaian menyayanginya dan mencintainya....kasihan pada si dia yang lemah dan suci itu....

bayangkan situasi ini,

"dari Maqil bin Yasar RA beliau berkata seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi maka itu lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya"
(Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)











You May Also Like

1 comments

  1. coklat MANIS & lolipop LAGILAH MANIS TASTE YG BERBEZA, EDISI YG BERNAS. Tk..

    ReplyDelete