Roll On : Kenapa Perlu Berbisnes?

11/06/2014Nurul Afifah

 
 
entry ni sangat random. dia lebih pada pada pandangan saya kenapa kita kena berbisnes. sebenarnya penting kita usaha jadi kaya. siapa lagi nak bangunkan ekonomi ummah kalau bukan kita sendiri yang mula!


Ramai cakap bila buat bisnes ni kena ada "connection" lah. ada tu la ni la. memacam lah alasan. saya pun masih beralasan dengan sendiri walaupun dah mula buat jual-jual sikit-sikit ni. tapi ingat, Allah tak bagi rezeki lebih kalau kita tak usaha sendiri. Jadi saya cuba buat tak tahu je dengan alasan-alasan tu. Jangan fikir lama sangat. TERUS BUAT!

Dan satu ramuan penting bagi saya tetap "maintain" adalah MINDSET saya sendiri kena berada pada jalan yang betul.

Mula-mula sekali, jangan tunggu peluang! Buat peluang anda sendiri!




Kemudian, berhenti mimpi-mimpi kalau aku buat ni kalau aku buat tu. Terus buat sesuatu. Kadang-kadang tu kita cuma kena mula sesuatu yang mudah je yang boleh buat kita lebih sedia untuk benda yang lebih besar.



Sememangnya satu benda kita tak dapat elakkan adalah berniaga yang berkekalan untungnya memang memerlukan kesabaran dan masa yang diambil pon lama. Sebenarnya berapa lama usaha kita tu yang akan menentukan berapa lama kita akan berjaya. Bak kata pepatah melayu, bersusah susah dahulu, bersenang-senaang kemudian.



  Satu benda paling best tentang bisnes adalah kita boleh pilih mana pilihan berniaga yang sesuai dengan suka hati kita? Sebab tu lah yang jual shawl tu banyak perempuan!




Tapi kadang-kadang kita kena kena jadi malas. Hah? Tapi malas tu bertempat. Ini memang dari pengalaman sendiri. Usaha A kurang sikit dari B. Dan usaha A tu sebenarnya lain sikit malah lebih kreatif dari B. Alkisahnya, untung sama-sama tapi B lagi penat. Malas tu boleh tapi target kena dicapai jugak taw!


 

Dan alhamdulillah, berniaga tu kan sunnah!

 

Sebenarnya antara tujuan lain saya buat entry ni supaya mudah saya baca balik dan ingat apa yang saya dah "ikrarkan" pada diri saya. Kalau ada tips-tips lain bolehla share sekali!

Dan alhamdulillah, berniaga tu kan sunnah!

Jangan lupa join segmen pertama saya bersama kawan saya, Amiez. Sila sokong kami!
 

p/s : gambaq semua dari google taw!
pp/s : untuk girls baca sini utk lebih bersemangat




You Might Also Like

0 comments

Seriously speaking, some comments would made my day.

Advertisement

Contact Form