tips cemerlang..HIGHLIGHTED

5/15/2011Nurul Afifah

Assalammualaikum..

aku buat azam baru..nak masok matriks ni..kan org kata susah la ape la..jd aku nak prepare diri aku sebaik baik yg boleh..aku tahu aku boleh buat..tp spesis aku ni dasar pemalas nak mampuih..aku harap aku tak jadi dah mcm tu kat KMS..

ok..nak jd cemerlang..it is all about the technique..teknik betul..insyaallah..benda mustahil jd tak mustahil..so aku buat research..cari cara belajar..amalan-amalan..yg boleh membantu aku di KMS nanti..aku nak share kan yg aku rasa korang patut tahu..tak da la tips SKEMA tu..aku share yg bg aku..




STUDY HARD..STUDY SMART..



  1. Firstly..kenal pasti korang punya cara belajar..mana yg padan dgn korang..bila korang tahu cara belajar yg sesuai dgn korang..korang boleh tumpu kat cara tu secara spesifik...tak semestinya..semua org boleh baca buku non stop sepanjang hari rite? atau buat nota tak henti...korang boleh identify semua di SINI..
  2. Secondly..disiplin.! disiplinkan diri kita...pastikan dlm satu hari tu..korang belajar at least 3 jam..tak termasuk homework..homework tu lain cerita..ini aku sendiri xpasti boleh buat ke tak..sbb ikot ex KMS..deme kata dlm sehari tu belajar dr 8 sampai 6..tolak buat homework makan minum mandi solat..sempat ke nak belajar 3 jam.? ~_~ and then..pastikan...selepas 20 minit membaca..take a break..refresh jap..baru sambung balik
  3. Thirdly..jgn nak ponteng..aku tengok ramai je selamba ponteng kelas..ok..buat mind set korang mcm ni..igt tak dat time of the year mak ayah korang kalut bayar cukai...satu malaysia kalut...taw tak mana nanti duit tu salur? kat kita jugak..nak bg anak melayu ni pandai-pandai jugak..then we are the one that need lead malaysia toward development..so..kalau korang ponteng..korang kira mengkhinati negara..membazir wang..DOSA kan membazir?

Bila waktu nak mengulang kaji?

  1. belajar di setiap waktu senggang yg korang ada..if its mean just 5 minute when waiting for your bus..ulangkaji la..latih diri bawa nota kecil yg korang boleh baca di waktu senggang..tak payah la sampai nak hafal gila-gila semua..simply read..imagine..tanya diri korang anything..dan jawab..kalau korang tak boleh jawab..jgn kecoh or takot..at least korang dpt identify tang mana yg korang ada problem tu..then ulangkaji tajuk tu pulak..
  2. ulangkaji secara grouping or tidak bkn penentu kejayaan..ikot mana yg korang lagi selesa..kalau tak paham bkn terus tak boleh tanya terus..tomorrow never die..*aku benci ayat ni*
  3. selepas tidur..bangun tidor..lepas berdoa..lepas baca alquran..basically time kita TENANG..
  4. baca SINI..

DLL

  1. utk kuatkan ingatan amalkan zikir ya rahman 100 kali selepas solat fardhu and ya hakim 300 kali setiap kali..
  2. toksah kalut nak enjoy semua..biarla org panggl nerd or kolot..bkn nya korang nak belajar gila-gila sampai mati kan? kalau sambung diploma or asasi..maybe tak apa..tp matriks..mcm semua org cakap..SUSAH.. (org luar kalut kata susah..tapi..aku tanya ex KMS..deme tak kata susah pon..kabut nya propaganda)
  3. membaca dgn teknik yg betul..duduk tegak..bernafas dgn elok..set kelajuan membaca selari dgn teks bacaan (kalau jenis senang hadam..laju pon tak apa)..give full concentration dan amalkan menunjuk bacaan korang tu dgn jari..
  4. Ulangkaji secepat mungkin tajuk yg baru belajar..this way korang akan ingat lebih lama..
  5. belajar cara buat nota yg ringkas and fun..contohnya.. mindmap



tak banyak aku share..aku cuma share yg aku hightlight kan je..ni la antara apa yg aku nak cuba amalkan di KMS..aku bkn nak latih korang jadi nerd..aku pon tak hingin jadi nerd..but sometimes..we simply need to choose..

kata aimanazlan (youtube artist)

tumpukan kepada perkara yg korang boleh kawal..korang tak boleh kawal result..tp korang boleh kawal USAHA korang

You Might Also Like

4 comments

  1. sy memang susah nak disiplin kan diri :)

    all the best kat matrik ! :D

    ReplyDelete
  2. salam...waa..best2..insyaAllah nnty nk praktikkan..tq..^^

    ReplyDelete
  3. dh lama xulang kaji..huhu

    ReplyDelete
  4. nak belajar ni mesti kena ikhlas... cuba wat yang terbaik.. yang penting kena selalu ingat pengorbanan mak bapak kita terhadap kita.. masa ni lah untuk kita membalas jasa dieorang :)

    ReplyDelete

Seriously speaking, some comments would made my day.

Advertisement

Contact Form