Inilah kisah sedihku.... :)

3/18/2011Nurul Afifah







aku telah di invite at fb utk join satu contest ni...ada lagi yg aku kena invite..rajin betol org buat contest skrg ni...


=.='

tp aku xreti nak buat la sbb mostly contet tu kena lukis2..fail tros aku.! contest ni dr Adib R.Y.. aku mmg minat nak buat cerita2 ni..kebetulan pulak aku mmg ada tulis satu cerita yg bertepatan dgn kehendak contest ni..

i'm not a good writer..even bila aku baca aku punya cerita pon aku still rasa ada 1001 perubahan aku kna buat..tp seyes aku xberapa nak larat la..cuti2 bnyk benda nak buat..org kawen..org tunang..g jejalan..tgok wayang...

ceit..haha...

enjoy ya..!

walaupun cerita ni suppose to be sedih la~


p/s : sorry cerita aku ni mcm out dr column..xreti dah aku nak edit2..huhu..margin xbtol ni..aku men copy paste je...

nak tag..

kak mici n imran nyambek..

nak tgok diorang reti buat cerita x.?

senyum nakal~







            Que sera sera
                                                                               What will be
                                                                               Will be
                                                                               The future is not our to see
                                                                               Que sera sera
                                                                               What will be
                                                                               Will be……..








Que Sera Sera




Tulisan: Nurul Afifah Bt Addnan




 

Aku melangkah perlahan. Lemah betul aku nak pergi sekolah hari ni. Jalan raya sibuk betul walaupun baru pukul 7 pagi. Lagi lemah aku nak lintas jalan ni.

Tiba-tiba Ifa dikejutkan dengan bunyi dentuman. Betul di depannya sebuah lori terlanggar sebuah motosikal yang sedari tadi mencelah di tengah kesibukan jalan itu. Lebih menggerunkan apabila penunggang motosikal itu terpelanting dari motosikalnya dan terus jatuh di sebelah Ifa. Nafas Ifa tertahan. Dia lupa untuk bernafas pabila kejadian yang menggerunkan tadi betul-betul berlaku di hadapannya dengan kepantasan beberapa saat cuma. Orang ramai berpusu-pusu mendekati tempat kejadian itu. Ifa masih berdiri tak bergerak. Seorang mak cik tua menggongcangkan badan Ifa. Cuba mengutip kembali semangat Ifa yang bagai terbang tanpa arah. Ifa tersedar, satu nafas panjang diambil.
                                                                  
“Anak tak ada apa-apa?”

Ifa cuma merenung makcik itu dengan pandangan kosong dan dingin. Hingar makin kedengaran, bau hanyir darah makin terasa, orang ramai terus berpusu-pusu dan sayup-sayup kedengaran bunyi siren ambulans. Perlahan-lahan mata Ifa meneliti setiap inci mangsa kemalangan itu. Seorang lelaki beruniform sekolah dan melihat kepada lencananya Ifa pasti mereka dari sekolah yang sama. Pandangan Ifa makin kelam, kepalanya berpinar dan tanpa sebarang amaran dia pengsan lalu jatuh ke atas darah itu.


Mata Ifa mulai terbuka perlahan-lahan. Kemudian pantas ditutup kembali apabila terasa sakit dicucuk cahaya lampu pendarfluor putih bersih. Seketika kemudian matanya mulai menyesuaikan keadaan dan satu pemandangan putih dilihat. Hidungnya mengesan bau ubat-ubatan. Dia sedar dia di mana.

Kenapa aku ada kat hospital ni?

Memori cuba di cari kembali. Disusun menjadi satu cerita lengkap. Sakit kepala Ifa bagaikan diserang migrain selama dia cuba mengingat kembali. Namun dia terus mencuba dan perlahan-lahan peristiwa pagi tadi bermain di laut fikirannya.

Darahnya….Banyak sekali…..Amat busuk,

“Aaaarrghhhh!!!!!!!!!!”

“Kecemasan di katil pesakit nombor tujuh. Tolong panggilkan doktor bertugas”

Hilang dari fikiran aku!!!! Pergi kau!!!


“Selamat pagi. Awak ok?”

Ifa telah terjaga sejak jam 6 pagi tadi. Pada masa itu dia agak mamai dan susah bergerak. Setelah beberapa langkah dia makin sedar dan stabil. Dia pedulikan apabila jururawat memanggilnya. Dia bergerak ke arah surau yang memang diketahuinya di mana. Tiang yang ‘diikat’ padanya itu dicabut. Darah menitik apabila jarum yang disuntik padanya ditarik kasar. Ifa menahan pendarahan itu untuk beberapa ketika lalu ia kering. Dia berwudhuk dan terus solat. Hatinya lebih tenang. Jururawat bertugas cuma melihat kehairanan. Semalam pesakit itu menjerit bagai dirasuk dan sekarang dia solat subuh. Dan sekarang jururawat yang sama menanyakan keadaannya ketika sedang menghantar sarapan pagi. Cik Salma.

“Saya alergi pada udang”

Salma menyedari bubur tersebut mengandungi udang.  Dia termalu sendiri.

“Maaf saya tak tahu. Awak tak payah makan udangnya. Makan bubur ni”
”Mana beg saya? Saya nak beli roti”
”Biar saya belikan”
“Saya nak ikut”
”Tapi…”
”Saya nak ikut”
”Awak larat ke?”
”Saya nak ikut”
”Biar saya ambilkan kerusi roda”
”Saya boleh jalan sendiri”

Salma mengalah. Ifa mengikutnya dari belakang bagai kanak-kanak kecil. Setibanya di kantin Ifa mengambil sebuku roti dan sekotak susu lalu duduk di tempat yang disediakan. Salma cuma melihat.. Dia agak berminat untuk melihat tingkah laku Ifa.

“Awak nak apa-apa lagi?
”Tak”
”Nama awak Hanifa kan?”
”Panggil Ifa je”
”Saya Salma
“Apa jadi kat lelaki yang kena langgar tu?”
 
Soalan Ifa mengejutkan Salma. Salma tahu siapa yang dimaksudkannya.

“Dia stabil tapi masih belum sedarkan diri”
”Keluarga dia datang tak?”
”Tak”
”Macam keluarga saya”

Benar keluarga Ifa tak datang melihatnya. Mereka di United Kingdom. Setelah diceritakan yang Ifa stabil dan sihat mereka memutuskan untuk tidak terus  pulang. Dua hari nanti baru mereka datang. Kejam betul.

“Saya nak tengok dia”


Ifa merenung kosong kearah sekujur tubuh di hadapannya. Pada mulanya Ifa tidak dibenarkan masuk tapi melihatkan hubung kait antara Ifa dan pesakit itu doktor membenarkan. Lama Ifa di situ. Salma yang sedari tadi menemannya telah pergi menjalankan tugas. Teruk betul keadaannya. Kaki kena simen, kepala berbalut dan kelihatan amat lemah. Hati Ifa terharu. Dia terus-terusan merenung.

Beberapa ketika kemudian Ifa tersedar tangan pesakit itu tergerak. Dia menyangka itu cuma mainan perasaan. Betulke ni?

“Kat mana ni?”
 
Ifa terkejut. Betul ke apa yang aku dengar ni? Ya Allah dia terjaga! Alhamdulillah!

”Awak kat hospital”

Ifa menekan butang yang diminta oleh doktor bertugas untuk ditekan sebaik saja pesakit itu sedar.

“Hospital?”
”Ya! Awak kena langgar dengan lori”
”Wau!”

Ifa terkejut dengan reaksi pesakit itu. Doktor telah tiba.

“Saya Amran. Awak?”
”Ifa”

“Maafkan saya Ifa tapi awak kena keluar”
”Tapi kak Salma….”
”Tolong keluar”


Ifa kebosanan. Setelah solat zohor dan makan tengahari dia kini cuma sendiri. Dia tak minat untuk membuat sebarang perhubungan dengan pesakit lain.

“Assalammualaikum Ifa”
”Kak Salma!”

Salma gembira apabila Ifa makin ceria. Mungkin sebab Amran dah semakin pulih. Tekanan perasaan dia mungkin dah berkurangan.

“Dah makan?”
”Dah. Amran macam mana?”
“Sibuk dia nak tahu”
“Jadi?”
”Dia ok. Tapi dia tak boleh bergerak sangat”
”Nak jumpa dia boleh?”
”Boleh. Tapi Ifa kena pergi sendiri. Kakak ada kerja”
”Tak apa”

Setelah Salma pergi Ifa mula mengatur langkah kearah Amran. Pintu diketuk. Ifa agak berdebar. Risau kalau dianggap penyibuk.

“Masukla”
Ifa memasuki bilik Amran ditempatkan.

“Awak!”
”Hai?”
“Hai. Ifa kan?”
”Ha’ah”
“Dok dekat sikit. Saya tak nampak awak. Saya tak leh gerak sangat”

Ifa duduk di kerusi yang disediakan. Di sebelah katil Amran.

“Kenapa awak rajin lawat saya ni”
”Sebenarnya saya lihat awak kena langgar dan awak terpelanting terus jatuh sebelah saya”
”Mesti awak takut”
“Awak tak takut?”
”Saya tak peduli. Hidup saya dah tak ada makna. Tak penting?”
”Macam mana awak boleh cakap camtu!? Hidup sentiasa bermakna!!!!”

Amran terkejut apabila mendengar jeritan Ifa. Ifa agak malu dengan pengakuannya. Dia melarikan diri.

Malunya


“Ifa lawat Amran tak?”

Tiba-tiba Salma muncul. Ifa cuma menganguk.

“Pelik. Ni dia bagi kad suruh bagi kat Ifa”

Kak Salma beransur pergi. Ifa membaca kad itu.

“Jom jadi kawan.”


”Awak datang! Saya nak jumpa awak tapi doktor tak bagi”
”Maaf”
”Kenapa?”
”Sebab jerit kat awak petang tadi.”
”Saya tak marah.  Tapi pelik. Kenapa awak cakap hidup sentiasa bermakna”
”Sebab memang hidup ada makna”
”Macam mana kalau semua orang dah bencikan awak. Apa lagi makna yang ada dalam hidup tu?”
“Makna berusaha. Berusaha membuatkan orang lain sukakan kita”

Amran tertawa. Ifa kehairanan.

“Kenapa awak gelak?”
”Awak ni optimis betul. Mesti semua orang sayangkan awak”
”Tak juga. Ibu bapa saya pun tak sayangkan saya. Mereka tak balik pun lawat saya. Lusa masa saya check out baru mereka datang”
“Sekurang-kurangnya mereka tetap datang. Ibu bapa saya tak nak mengaku saya anak mereka”
”Kenapa”
”Saya jahat sangat”
                                           
Amran cuma tersenyum melihat Ifa yang makin kehairanan.

“Kita dari sekolah yang sama awak tau tak? Saya dalam tingkatan 3”
”Betulke? Saya tingkatan 5”
”Saya tak boleh lama. Saya kena balik”
”Jumpa esok?”
“Mungkin”
 


Pagi itu Ifa pergi melawat Amran lagi.  Dah jadi macam rutin sepanjang dia di hospital ni.

“Esok awak balik kan?”
”Ha’ah”
”Saya kena tahan lama lagi”
”Mesti bosan”
”Awak lawat ar saya selalu”
”Tengok la dulu”
”Hari tu kenapa awak sampai terjerit kata hidup bermakna?”
”Sebab saya pantang betul kalau ada orang bencikan hidup”
”Kenapa?”
”Sebab hidup adalah diri kita”
”Jadi?”
”Maksudnya kalau awak benci hidup awak bencikan diri awak sekali”
”Saya memang bencikan diri saya”
”Kenapa?”
”Sebab buat orang lain bencikan saya”
”Jadi cuba buat orang sukakan awak balik.”
”Bukan senang tau”
“Belum cuba belum tahu”
“Saya dah cuba. Tapi saya rasa memang tak mungkin. Salah saya terlalu besar. Keluarga saya mungkin tak akan maafkan saya”
“Sedangkan Nabi ampunkan umat”

Amran tercengang. Sungguh ayat tu memang benar.

“Mungkin sebab keluarga saya bukan Nabi”
”Mungkin. Tapi apa salah awak? Teruk sangat ke?”
”Teruk sangat”
”Ceritalah”
”Rahsia”
“Mesti awak benci keluarga awak kan? Tak pernah maafkan awak”
”Tak. Saya sayang sangat keluarga saya. Terlalu sayang”
”Kenapa? Mereka tak layak disayangi awak. Kedekut betul nak maafkan kesalahan. Dah minta maaf, maaf kan lah”
“Saja”
”Saya benci orang macam tu. Walaupun dah teruk dibenci, masih sayangkan mereka. Nanti bila ditimpa masalah orang yang dibenci tu tetap minta tolong kat orang yang dia tak maafkan dulu tu. Hipokrit”
“Macam drama? Lebih kepada macam saya?”
”Memang awak pun”

Ifa tak puas hati. Dia meninggalkan Amran serta merta. Dia tak faham kenapa Amran sayang keluarga dia walaupun dia dilayan teruk macam tu. Ifa memang benci orang macam tu. Naif betul. Sebab tu Ifa benci kat ibu bapa dia. Mereka tak layak disayangi aku Mereka pun tak sayang kat aku.


Petang itu, macam semalam Ifa kebosanan. Dia tak tahu apa nak buat. Nak tidur tak mengantuk. Nak jalan-jalan malas.

“Ifa!!!”

Ifa terkejut. Tiba-tiba muncul Salma. Dia kelihatan amat cemas.

“Amran.. Dia kena bedah. Tiba-tiba je. Doktor cakap kepala dia ada darah beku. Tiba-tiba muncul”
”Macam mana boleh jadi? Bukan dia kena scan dulu masa masuk?”
”Tak tahu kenapa masa tu doktor tak sedar ada darah beku tu. Dia mungkin mati!”

Ya Allah!


Ifa makin berdebar, sepanjang petang dia tunggu pembedahan tu habis. Dah habis doktor tak benarkan dia lawat Amran. Malam tu Ifa susah nak tidur.

Macam mana ni. Esok aku dah nak balik.


 Ifa mengemas barang dia. Dia masih tak dibenarkan melawat Amran.

“Kak Salma!” Tiba tiba muncul Kak Salma
“Pergilah lawat dia. Amran minta nak jumpa kamu”

Tanpa tertunggu-tunggu Ifa berlari menemui Amran. Amran dah sedar! Semuanya akan jadi baik!


“Saya dah tak ada peluang untuk hidup”

Seketika terasa bumi bagai terhenti. Bagai memberi peluang pada Ifa mendengar khabar hiba itu.

”Tak mungkin. Tipu!!!”
”Tak. Saya tak tipu”
”Tapi kenapa?”
”Entahlah. Bahasa doktor tu guna susah saya nak faham”

Pengakuan Amran amat mengecewakan. Tapi Amran tetap tersenyum. Baru Ifa sedar. Amran selalu senyum. Tapi kenapa? Dia dah nak mati!

“Kenapa nangis?”
”Keluarga awak masih tak nak maafkan awak”
”Biarlah. Saya dah dapat terima kenyataan tu”
“Cerita pada saya apa kesalahan awak”
“Macam mana kalau awak pula yang bencikan saya?”

Ifa tersedar. Sanggupkah aku membenci dia?

“Saya janji tak kan benci awak”
“Janji memakan diri”
“Lebih baik dari habiskan hidup saya dengan tanda tanya”

Amran mengeluh. Kedengaran amat berat sekali. Ifa makin teruja.

”Saya bunuh adik saya sendiri”

Ifa tercengang. Bunuh?

“Tak tahu la boleh dianggap adik sebab dia pun belum lahir lagi”
”Saya tak faham”
”Dulu saya terpengaruh dengan dadah”

Dadah? Amran?

“ Teruk betul saya masa tu. Tapi saya tetap perlukannya setiap masa. Keluarga saya tahu pasal tu. Dah jelas sangat. Keluarga saya cuba macam-macam untuk pulihkan saya. Pusat pemulihan tu dah jadi macam rumah kedua saya. Tapi saya tetap tak berubah. Ibu bapa saya ambil langkah drastik Saya dikurung dalam bilik saya sendiri”

Amran melihat ke arah Ifa yang kelihatan amat terkejut. Sekali lagi Amran tersenyum.

“Satu hari ibu putuskan untuk keluarkan saya Pada masa tu saya tertekan sangat. Mestilah dah dekat dua bulan saya kena kurung dan yang paling penting saya gian betul dengan benda haram tu. Saya tak boleh fikir baik-baik. Bila saya ada peluang untuk keluar saya meluru dengan pantas. Ibu cuba tahan saya, mungkin sebab dia tahu apa yang bermain dalam fikiran saya. Tapi saya dah tak peduli. Saya meronta untuk lepaskan diri. Tanpa disangka saya tertolak ibu. Ibu jatuh menuruni tangga”

Ifa makin ingin tahu. Macam sebuah drama tapi ini benar. Dan dari Amran.

“ Banyak betul darah masa tu. Saya panik. Tiba-tiba bapa saya pulang. Melihatkan keadaan tu dia jadi panik betul. Lagi ketakutan dari saya Dia nampak saya di atas. Dia pandang tajam ke mata saya dan jerit sekuat hati dia. ‘ITU MAK KAMU! Dia mengandung!!”

Ifa bangun dari kerusi. Cuba menjauhi Amran. Dia tak pasti dia ada cukup kekuatan untuk terus tak membenci Amran..

“Mak saya selamat tapi tak adik saya. Lebih malang mak saya tak boleh mengandung dah. Mak saya melaporkan ia adalah kemalangan semata-mata tapi lepas tu  mereka kata kat saya mereka tak nak tengok muka saya dah. Jadi saya dihantar ke sini. Tinggal seorang diri”
“KENAPA AWAK BUAT MACAM TU!!???” Kejamnya awak!!”

Ifa sekali lagi cuma mampu lari.

“Selamat tinggal kak. Saya minta maaf kalau ada susahkan akak”
”Akak tak kisah”

Ifa tersenyum. Sepanjang dia berada di samping Salma dia dapat rasa perasaan disayangi. Diberi perhatian. Sesuatu yang tak pernah dia rasa.

“Ifa jom. Kamu ni tengok darah pun boleh pengsan. Susahkan mak je kena balik dari UK tu. Nasib baik mak dapat perjanjian tu”

Ifa hanya mendengar celoteh ibunya. Kenapa dia tak dapat kasih sayang seperti ibu bapa Amran sayangkan dia? Kenapa Amran tak reti nak hargai kasih sayang yang dia telah perolehi? Dunia terlalu sukar untuk difahami.

“Ifa!!!”

Kak Salma?

“Awak ni kenapa? Tak nampak ke kami sibuk?”
“Mak tolong hormatkan Kak Salma. Dia lagi bagus dari mak walaupun mak, mak Ifa”

Teguran Ifa ikhlas dari hati amat menghiris segenap perasaan hati ibunya. Salma kelihatan cemas. Teramat cemas hingga memcemaskan Ifa.  

“Kenapa kak?”
“Amran”
“Kenapa dengan Amran kak!?”

Badan Salma digoncang kuat. Ifa makin takut akan jawapan yang mungkin itu.

“Dia dah meninggal”

Ifa terduduk.Tak mahu percaya apa yang baru saja dia dengar. Tak berani, tak kuat.

“Dia bagi ni”

Sepucuk surat dihulurkan. Perlahan-lahan Ifa membukanya.

Saya tahu saya salah. Saya menyesal. Tapi benda dah jadi. Saya tak mampu mengubah kenyataan. Apa yang mampu saya lakukan sekarang hanya menerima kenyataan. Sesungguhnya saya dah buang sesuatu yang amat penting dalam hidup saya. Kasih sayang.  Ifa nak tahu kan kenapa saya masih sayangkan keluarga saya? Sebab itu je yang saya ada sekarang ini. Ifa pun kena buat macam tu. Ifa tak tahu perit dibenci sepenuh hati.

Ya Allah! Dan perkara terakhir aku kata padanya, betapaku bencinya…..

Jenazah Amran telah selamat dikuburkan. Alhamdulillah ibu bapanya masih mahu menguruskan jenazah Amran. Ifa merenung kuburnya Amran sebelum pulang ke realiti hidup.

“Ya Allah, sesungguhnya kau bisa melakukan segala-galanya. Segalanya, sesungguhnya terlalu mudah bagimu. Oleh itu, aku yang amat hina ini memohon padamu Ya Allah, biarlah Amran tahu ibubapanya telah maafkannya, masih sayanginya, setulus hati mereka. Ya Allah, kau yang amat berkuasa, yang maha pemurah lagi maha pengasih, sesungguhnya Amran cuma insan asing dalam hidupku, tak pernah wujud menjadi insan istimewa padaku. Tiada siapa. Namun hati ini amat sayu akan perginya dia. Dia mengajarkan satu lagi kebenaran dalam kehidupan ini. Amat pahit sekali namun tetap harus ditelan. Ampunkan hambamu ini kerana berat melepaskannya padamu. Tapi kini aku pasrah. Dia tak akan pulang. Mohonku padamu, ampunkan dosa-dosanya. Sesungguhnya dia amat menyesal. Amin….”

Aku

You Might Also Like

1 comments

  1. ko taip blek???rjinnye ko...klu kt jgn harap nak taip lbh 2 perenggan...i always love your story...so please,PLEASE!!keep writing!

    ReplyDelete

Seriously speaking, some comments would made my day.

Advertisement

Contact Form