Hukum hudud utk pencuri...muslim ni ekstrimis.?? please.!

March 21, 2011

mesti korang ada dgr kan..pasal certain so called muslim memperlekehkan hukuman hudud..kata hukuman ini tidak relevan dgn dunia skrg ni..


potong tangan.?? please..kita bkn kanibal..diorang deserves second chance ouls..potong tgn diorang xselesai masalah pon..potong tgn kiri..tgan kanan ada lagi..potong tgan kanan..mulut ada lagi..


dan seterusnye..educated abis la ni.? ni aku nak tanya..agak2 korang la mkn....deme2 yg dah kena potong tangan kanan sbb mencuri ni..akan terfikir ke nak gne tangan kiri pulak mencuri.?

seriously.??





ramai org salah faham...hukum hudud ni..bkn nye kalau dia tu mencuri terus kena potong tangan...

haaaaaaaalllllllllllllllllllllllllllllluuuuuuuuuuuuuu...!!!!!!!!!!!!!!

islam bkn mcm tu k..


so..lets talk hukum hudud for mencuri/sariqah..


firstly..

hukuman hudud ni adalah hukuman yg telah Allah S.W.T tetapkan di dalam al quran dan hadis...tak boleh TUKAR, UBAHSUAI atau PINDA malah xboleh dimaafkan oleh sape2 pon..kalau langgar hukum ni..maka termasuklah kita dlm golongan org yg zalim..


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, ayat 229).

secondly..

Mencuri pulak..or juga dikenali sbg sariqah..means mengambil harta dgn cara bersembunyi dan diambil drpd tmpt simpanan harta tu..mencuri ni dosa besar dan wajib dipotong tangan ke atas pencuri tu..

”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)


the trick now is...mcm mne yg dibolehkan potong tangan tu.? kan td aku ckp bkn ikot suka hati je boleh potong..

sebelum tu..

bdk ni comel... :)


HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-

i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri

2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)

3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)

Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.



memindahkan harta secara sembunyi, tanpa persetujuan dan dgn niat utk menghilangkan dr pengetahuan pemilik adalah ciri2 sesuatu pencurian...korang buat ni korang dikira mencuri la or sariqah..tp 

tapi...walaupun ciri2 tu telah dipenuhi..( mintak jauh la..dr korang and aku )..ada jugak keadaan yg di mana seseorang tu tak di kira sbg sariqah..



iklan..



PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.


kalau tergolong dlm kategori kat atas ni..korang bkn dikira sbg sariqah la..ada la hukum2 lain tu..tp kalau tak...seseorang tu akan disabit as mencuri..if like dat..utk menyabitkan seseorang tu dgn tuduhan mencuri korang kena la..

SABIT KESALAHAN MENCURI

1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.

2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.

3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.

4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.



bkn senang2 je nak tuduh org mencuri taw..bila buat mcm ni..baru la org yg tak bersalah x senang2 je kena pedajal dek org..rite.?


kita teruskan ke yg seterusnya... =.='  the main point of the day....apa yg buatkan seseorang tu..walaupun dia memenuhi ciri2 sariqah n terbukti dia mmg bersalah tp tak dikenakan hukuman hudud.?


PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.


1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.


2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.




see now..betapa strict nye Islam..bkn senag2 je nak pototng tangan ni..kita mmg hukum org yg betul2 bersalah..yg betul2 layak kena potong tangan.!




bila hukum hudud ni kena dilaksanakan..


HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.

2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.



clear now.?

              :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Hudud


















You Might Also Like

1 comments

  1. memangangkan kerajaan kelantan pun takde keluarkan draf hukum hudud lepas lama memerintah. Aku cadangkan dibuat satu macam wikipedia utk hukum hudud ni. semua boleh edit sendiri (mengikut Quran /hukum/ kitab2). biar banyak kepala yang sumbangkan, dan diteliti betul2 sebelum perlaksanaan. lepas tu boleh la dipersembahkan kepada kerajaan kelantan untuk dilaksanakan. Jangan harap kerajaan kelantan sahaja yang nak buat.... maybe tgh sibuk bisnes balak hutan klantan.

    ReplyDelete

Blog Archive

Like us on Facebook

Contact Form

Name

Email *

Message *